Followers

Saturday, August 23, 2014

BN tersungkur lebih awal jika Anwar dipenjara (Oleh Lyn Nasir)

Photo: BN tersungkur lebih awal jika Anwar dipenjara

(Oleh Lyn Nasir)

SHAH ALAM 22 OGOS: Barisan Nasional (BN) pasti akan tersungkur lebih awal jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara, demikian peringatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Peringatan ini ekoran pertuduhan Fitnah II membabitkan Ketua Umum KEADILAN itu akan terus didengar pada hujung Oktober ini.

sam“Mungkin ini Kongres yang terakhir untuk Datuk Seri Anwar, jadi mari kita manfaatkan kongres ini untuk memberi sokongan dan gerakan dengan memberi amaran kepada Najib dan Barisan Nasional.

“Kalau kamu (Najib) penjarakan Anwar, kita akan turunkan BN dengan lebih awal,” kata Shamsul ketika menyampaikan ucapan dasar beliau yang terakhir selaku Ketua AMK pada Kongres Nasional AMK kali ini.

Beliau yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Naib Presiden berkata, kebangkitannya bersama AMK berikutan kemarahan rakyat terhadap tindakan zalim kerajaan ke atas pimpinan Pakatan Rakyat.

“Apa yang kita zahirkan itu mewakili kemarahan rakyat kerana itulah yang berlaku sejak 1998 dan ia mengulangi sejarah bagaimana
reformasi itu bermula, yang akhirnya membangkitkan kemarahan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10, menyebabkan BN berasa
tergugat.

“Manakala dalam PRU lalu, buat kali pertama dalam sejarah di Malaysia undi mereka (BN) bawah 50 peratus.

“Dengan tindakan kerajaan yang zalim seperti ini, saya yakin BN akan hadapi keadaan lebih sukar dan sebab itu kita gerakkan perhimpunan aman dan sebagainya bagi membantah kekejaman tersebut,” kata Shamsul ketika ditemui.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan Anwar bagi mengenepikan sabitan dan hukuman bagi kes Fitnah II dan rayuan balas pihak pendakwa untuk menambahkan hukuman.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62598

SHAH ALAM 22 OGOS: Barisan Nasional (BN) pasti akan tersungkur lebih awal jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara, demikian peringatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Peringatan ini ekoran pertuduhan Fitnah II membabitkan Ketua Umum KEADILAN itu akan terus didengar pada hujung Oktober ini.

sam“Mungkin ini Kongres yang terakhir untuk Datuk Seri Anwar, jadi mari kita manfaatkan kongres ini untuk memberi sokongan dan gerakan dengan memberi amaran kepada Najib dan Barisan Nasional.

“Kalau kamu (Najib) penjarakan Anwar, kita akan turunkan BN dengan lebih awal,” kata Shamsul ketika menyampaikan ucapan dasar beliau yang terakhir selaku Ketua AMK pada Kongres Nasional AMK kali ini.

Beliau yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Naib Presiden berkata, kebangkitannya bersama AMK berikutan kemarahan rakyat terhadap tindakan zalim kerajaan ke atas pimpinan Pakatan Rakyat.

“Apa yang kita zahirkan itu mewakili kemarahan rakyat kerana itulah yang berlaku sejak 1998 dan ia mengulangi sejarah bagaimana reformasi itu bermula, yang akhirnya membangkitkan kemarahan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10, menyebabkan BN berasa
tergugat.

“Manakala dalam PRU lalu, buat kali pertama dalam sejarah di Malaysia undi mereka (BN) bawah 50 peratus.

“Dengan tindakan kerajaan yang zalim seperti ini, saya yakin BN akan hadapi keadaan lebih sukar dan sebab itu kita gerakkan perhimpunan aman dan sebagainya bagi membantah kekejaman tersebut,” kata Shamsul ketika ditemui.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan Anwar bagi mengenepikan sabitan dan hukuman bagi kes Fitnah II dan rayuan balas pihak pendakwa untuk menambahkan hukuman.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62598

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.