Followers

Saturday, August 23, 2014

Bersedialah untuk cabaran PRU akan datang – Johari (Oleh Amirul Azhan)

Photo: Bersedialah untuk cabaran PRU akan datang – Johari

(Oleh Amirul Azhan)

PETALING JAYA 21 OGOS: Pimpinan KEADILAN sesi 2014-2017 diminta bersatu dan bersiap sedia awal bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, pimpinan baharu yang menang dalam pemilihan kali ini mempunyai masa depan yang cerah dalam mengharungi segala cabaran dunia politik tanah air.

johari_abdul“Saya harap mereka (pimpinan) yang menang supaya bertaut kembali dalam satu jemaah bagi memperkukuhkan parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Saya yakin bahawa pengalaman pahit dan getir yang dilalui bersama akan membantu proses dalam mempersiapkan diri pada masa depan,” kata Johari.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan senarai penuh keputusan rasmi pemilihan parti untuk tempoh tiga tahun dengan beberapa muka baru diangkat sebagai pemimpin.

Menurut Johari, penglibatan anak muda kian terserlah seolah-olah memberikan kekuatan kepada parti untuk terus bergerak maju bagi membuat persiapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Dalam pada itu, Johari mengucapkan penghargaan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa JPP, Ketua Koordinator Negeri (KKN), pengawas, pembantu, anggota-anggota parti yang menjalankan tugas penuh dedikasi sepanjang proses pemilihan.

“Inilah parti yang bertunjangkan reformasi dan mempunyai pemimpin yang dapat memimpin untuk masa depan,” kata Johari.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62571 PETALING JAYA 21 OGOS: Pimpinan KEADILAN sesi 2014-2017 diminta bersatu dan bersiap sedia awal bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, pimpinan baharu yang menang dalam pemilihan kali ini mempunyai masa depan yang cerah dalam mengharungi segala cabaran dunia politik tanah air.

johari_abdul“Saya harap mereka (pimpinan) yang menang supaya bertaut kembali dalam satu jemaah bagi memperkukuhkan parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Saya yakin bahawa pengalaman pahit dan getir yang dilalui bersama akan membantu proses dalam mempersiapkan diri pada masa depan,” kata Johari.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan senarai penuh keputusan rasmi pemilihan parti untuk tempoh tiga tahun dengan beberapa muka baru diangkat sebagai pemimpin.

Menurut Johari, penglibatan anak muda kian terserlah seolah-olah memberikan kekuatan kepada parti untuk terus bergerak maju bagi membuat persiapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Dalam pada itu, Johari mengucapkan penghargaan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa JPP, Ketua Koordinator Negeri (KKN), pengawas, pembantu, anggota-anggota parti yang menjalankan tugas penuh dedikasi sepanjang proses pemilihan.

“Inilah parti yang bertunjangkan reformasi dan mempunyai pemimpin yang dapat memimpin untuk masa depan,” kata Johari.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62571

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.