PAS cuma memberitahu akan menyatakan pendirian rasmi partinya setelah mesyuarat pada 17 Ogos ini.
Pendirian PAS ini menyebabkan keadaan politik Selangor menjadi panas.
Ini kerana kedudukan kerusi yang seimbang antara PKR+DAP dengan
MB+BN+PAS yang masing-masingnya mempunyai 28 kerusi.
Ke Mana PAS Setelah 17 Ogos?
Kelmarin dua ADUN PAS telah membelakangi parti mereka dengan menyatakan
sokongan kepada DS Wan Azizah untuk menjadi MB. Keadaan ini menjadikan
mesyuarat PAS pada 17 Ogos ini sudah tidak relevan lagi kerana kumpulan
PKR+DAP+2 ADUN PAS telahpun mempunyai majoriti dari 56 kerusi
kesemuanya.
Yang perlu difikirkan sekarang ialah masih kuatkah lagi PAS selepas ini?
Saya tidak lihat PAS akan semakin kuat selepas ini. Sekiranya diadakan
pilihan raya dan PAS bertanding sama ada secara sendirian atau bergabung
dengan UMNO, maka PAS lah parti yang akan rugi.
Formulanya mudah. PAS telah hilang kepercayaan rakyat yang menyokongnya
untuk bersama dengan PR bagi membentuk pakatan pembangkang melawan BN,
khususnya dari kaum bukan Melayu dan anak muda yang mahukan perubahan.
Bukan hanya itu. PAS juga kehilangan sokongan ahlinya yang mahukan PAS kekal bersama dengan PR.
Maka, ke Mana PAS Selepas Ini?
Jika PAS mengambil keputusan kekal dalam pakatan pembangkang, belum
tentu PAS dapat memulihkan imejnya atau belum tentu PAS diterima
kembali. Imejnya tercalar kuat, melainkan kepemimpinan PAS bertukar atau
ditukar.
Atas dasar perjuangan PAS yang tidak sama dengan DAP dan PKR, jika PAS
rasa sudah cukup kuat, maka buatlah keputusan yang dapat menyelesaikan
kemelut PAS dalam PR selama ini.
Pilihan tebaik yang ada pada PAS ialah sama ada bekerjasama dengan UMNO
atau kembali sendirian. Dan kita tengoklah pencapaian PAS dalam PRU yang
akan datang.
Harapnya apabila PAS tidak lagi bersama dengan PR, PAS tidak jadi macam si luncai yang terjun dengan labu-labunya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.