Followers

Friday, August 15, 2014

PKR ingatkan PAS, Islam tak melihat pada jantina

 
Penafian PAS semalam masih gagal memadamkan spekulasi bahawa parti Islam itu menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengingatkan PAS hari ini bahawa Islam tidak melihat pada jantina, tetapi sama ada seseorang itu dapat melaksanakan tugasnya atau tidak.



Katanya, jika benar PAS menolak Wan Azizah kerana jantinanya dan
parti itu mendasarkannya kepada Islam, maka tegasnya, PAS perlu sedar bahawa Islam tidak melihat pada jantina.

Sebaliknya, kata beliau, Islam melihat kepada aspek amanah dan sama ada seseorang itu dapat menjalankan tugasnya atau tidak.

Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang memberitahu Malaysiakini bahawa beliau yakin Wan Azizah dapat menunaikan tugasnya dengan berkesan jika beliau menjadi menteri besar.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS menolak pencalonan Wan Azizah tetapi enggan mengulas mengenai sebab-sebabnya.

Bagaimanapun, Mustafa menafikan bahawa keputusan PAS itu kerana Wan Azizah seorang wanita.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.