Followers
Saturday, July 12, 2014
YB Suraya Yaakob Dok Ngnga Apa Lagi.. Pi La Tolong Cepat.. Sakit umpama dihiris pisau
Aziroh setia menemani Zaid di wad hospital berkenaan.
ALOR SETAR - Hati isteri mana tidak tersentuh saat menyaksikan tubuh badan suami tersayang menanggung derita akibat penyakit Buerger sejak tiga tahun lepas.
Begitulah, perasaan Aziroh Ahmad, 27, dari Kampung Paya Lipai, Pendang mengenangkan penderitaan suaminya menanggung masalah radang saluran darah.
“Ada kalanya, suami Mohd Zaid Ismail, 31, mengadu bahawa badannya sakit umpama dihiris pisau, malah ada ketika terasa tubuhnya seakan-akan dibakar api.
“Jadi, tidurnya tidak pernah lena semenjak disahkan mengidap penyakit Buerger pada 2011. Ubat tahan sakit sudah tidak mampu tampung kesakitan dialaminya,” katanya.
Aziroh berkata, suaminya terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu pemandu lori apabila kesihatannya kian merosot dan kaki kanannya dipotong hingga ke paras lutut.
Oleh itu, katanya, dia makin buntu memikirkan kos perubatan suaminya mencecah RM800 sebulan, sedangkan hasil niaganya diperolehnya hanya sekitar RM450.
“Tiga botol Dermacyn Wound Care mencecah RM105, manakala tiga botol Dermacyn Hydrogel (RM165). Itu pun, belum dicampur sekotak pembalut Aquacel Extra (RM400),” katanya.
Lebih menyerabutkan kepala, sumber kewangan tidak cukup apabila dia tidak berniaga sejak dua bulan lepas kerana sering berulang alik dari Sungai Tiang ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini.
Meskipun, mereka ada menerima wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun katanya, ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan mereka.
Ibu dua anak ini berkata, dia malu untuk meminta bantuan kewangan daripada adik-beradiknya kerana mereka sudah banyak menolong selain turut memiliki tanggungan sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.