Dalam bulan puasa ini mesti yang ramai berbuka dengan minuman berais yer
dak..? sebenarnya tidak berapa bagus untuk kesihatan. mari baca
penjelasan dibawah:
Setelah
seharian kita menahan lapar dan dahaga, sudah pasti kita mahu sesuatu
yang menyegarkan.
Salah satunya adalah dengan mengambil air sejuk.
Dengan air sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda
apabila kita berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh
terganggu.
Menurut
kajian, minum minuman sejuk ketika berbuka puasa boleh menyebabkan
kejang pada perut. Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila
diisi dengan air sejuk, maka perut akan terkejut dan menyebabkan
penguncupan. Inilah yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit
ulser.
Selain
itu, apabila kita sering mengambil air sejuk, berat badan kita akan
bertambah. Mengapa demikian? Kerana air sejuk boleh membekukan lemak
yang ada di darah kita.
Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak
lancar. Apabila darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan
metabolisme tubuh akan terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan
menjadi gemuk.
Ketika kita sudah makan dan mengambil minuman sejuk, maka
air sejuk itu boleh menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan.
Akibatnya perut boleh menjadi buncit.
Oleh
itu, untuk kita terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang berpuasa,
alangkah baiknya kita atur pola pemakanan kita. Biasakan ketika berbuka
puasa bermula dengan meminum air putih yang tidak sejuk.
Lalu kita juga
boleh mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan.
Selepas 5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana
keadaan perut sudah stabil.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.