Followers

Wednesday, June 18, 2014

Pemimpin Umno-PAS Hasilkan Buku Bersama

 
Mujahid, Saifuddin bakal kongsi ideologi 
menerusi 'New Politic' 
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Seorang pemimpin Umno dan seorang pemimpin PAS akan sama-sama menghasilkan sebuah buku politik bertajuk "New Politics" (Politik Baharu).


 Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) Datuk Saifuddin Abdullah  dan Anggota Parlimen Parit Buntar merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Kebangsaan PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa akan menghasilkan buku dalam bahasa Inggeris itu akhir tahun ini.

 Melalui buku ini, kedua-duanya berhasrat untuk mematangkan politik di samping memberi galakan jalan tengah sebagai amalan standard anggota politik dan masyarakat.

 Menurut Saifuddin, asas politik baharu bukan menitikberatkan perbezaan ideologi politik tetapi antara kelampauan dan kesederhanaan.

 "Ini bukanlah sesuatu yang baharu. Nilai dan prinsip kesederhanaan wujud dalam pelbagai budaya dan ketamadunan, jadi saya harap kita mampu kembalikan ini dalam politik tanahair dan masyarakat," katanya.

 Mujahid pula berpendapat politik baharu bukan pilihan tetapi kemestian dalam menghadapi realiti dan suasana baharu yang mendesak.

 "Realiti masyarakat yang plural juga harus digarap secara terbuka melalui dialog berterusan dan menghormati pelbagai pandangan dan pendapat," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.