KUALA LUMPUR: MCA mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
menggugurkan Datuk Seri Jamil Khir Baharom daripada jawatan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri kerana cuba memutarbelitkan fakta dengan
mengatakan Malaysia bukanlah sebuah negara sekular.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Syariah Undang-Undang dan Dasar Pelaksanaan MCA Gan Ping Sieu berkata, Jamil Khir sebagai salah seorang pemimpin kerajaan sewajarnya mengetahui fakta sebenar sejarah penubuhan Malaysia pada tahun 1963 mengenai status negara sekular di negara ini, lapor portal Rakyat News.
Beliau menambah, pihaknya memandang berat jawapan Jamil Khir itu yang telah mengatakan bahawa 'Malaysia bukan sebuah negara sekular'.
"Jika Jamil Khir mahu putarbelit fakta sejarah, beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak berintegriti dan jujur," katanya kepada Rakyat News ketika ditemui di Wisma MCA di sini hari ini.
Beliau turut mendesak Jamil Khir menghentikan serta merta berhubung status negara Islam yang cuba dipertahankan beliau.
Jamil dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Dewan Rakyat semalam menyatakan Malaysia bukan sebuah negara sekular berdasarkan fakta sejarah penubuhan negara ini yang berasaskan kepada Kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.
Menurutnya, perkara itu diperkukuhkan melalui Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas mengatakan agama Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan.
-HARAKAHDAILY

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.