MANAKAH lagi jalan yang perlu kita pilih untuk suarakan bantahan atas
sesuatu perkara? Apabila rakyat memilih untuk berdemo atau berhimpun,
mereka tuduh rakyat "Bughah". Apabila dibawa ke Parlimen pula untuk
dibahaskan, Wakil Rakyat pula dibuang keluar Parlimen.
Hari ini, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar
Amin
Mulia hari ini memerintahkan dua MP PKR, YB Fuziah Salleh (Kuantan) dan
YB N. Surendran (Padang Serai) keluar dari Dewan Rakyat selepas
cuba membangkitkan mengenai petisyen untuk membantah loji Lynas. Di
Parlimen siang tadi, sekumpulan penduduk sekitar Gebeng dan Kuantan
hadir sendiri di Parlimen untuk menyaksikan samada benar kerajaan
sentiasa mendengar rintihan rakyat. Malangnya tidak berlaku sedemikian.
Walaupun Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim cuba untuk merayu Speaker agar mendengar dahulu penjelasan yang ingin disampaikan oleh YB Fuziah Salleh namun Speaker yang semua kita tahu tiada keberanian langsung jauh sekali untuk menzahirkan keadilan tetap mengarahkan Ahli Parlimen Kuantan ini meninggalkan dewan. Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang turut bangun membantah keputusan Speaker namun tidak langsung diendahkan.

Ini lah masalah negara kita. Tiada jalan lain
melainkan rejim yang zalim ini wajib kita tumbangkan. Apabila suara
rakyat tidak lagi bernilai kepada mereka walaupun di dalam keadaan
mereka hanya ada sokongan 47% saja dari rakyat negara ini, bayangkan
jika mereka mempunyai sokongan yang majoriti. Itulah bunga-bunga
kejatuhan rejim Umno/Bn.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.