SEORANG lelaki warga China terpaksa menahan malu apabila kemaluannya tersekat pada sebatang paip selama dua hari.
Bagaimanapun yang menarik perhatian apabila lelaki itu yang dikenali sebagai Lian Tien memberikan alasan yang mungkin paling pelik di dunia mengenai punca insiden itu dengan mengatakan dia sedang mengecat dinding dalam keadaan berbogel dan kemudiannya tergelincir menyebabkan kemaluannya termasuk ke dalam paip.
"Cuaca agak panas, jadi saya mengecat dinding dalam keadaan berbogel, dan saya tergelincir di lantai menyebabkan kemaluan saya terjatuh ke dalam paip."
Lelaki berusia 61 tahun itu berkata, kemaluannya tersekat di dalam sebatang paip yang digunakan untuk mengambil air dari unit penyaman udara bangunan itu.
Tetapi dia merasakan tiada sesiapa pun yang akan percaya ceritanya itu, menyebabkan dia membiarkan "keadaan" itu selama dua hari sehingga dia mengalami demam panas dan menghubungi doktor.
Doktor itu kemudiannya mencadangkan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.
Doktor Dewei Yuan berkata: "Lelaki itu terpaksa berhadapan dengan perkara tersebut dan tidak apa yang boleh kita lakukan, dan kita terpaksa meminta bantuan."
Pasukan bomba di bandar Quanzhou mengambil masa empat jam untuk memotong paip di bahagian kemaluan lelaki itu tersekat.
Kata lelaki itu, "Saya fikir tiada seorang pun yang akan mempercayai saya dan saya cuba semua cara yang saya fikirkan untuk mengeluarkan kemaluan saya yang tersekat.
"Saya cuba memotong paip itu dari dinding dan cuba untuk meletakkan minyak dan cecair sabun di bahagian dalam paip itu tetapi kemaluan saya begitu ketat tersekat menyebabkan tiada sebarang perubahan.
"Saya tidur dan fikir sekiranya saya berehat dan bertenang, ia mungkin akan tertanggal dari paip. Saya kemudiannya berasa panas seperti hendak demam. Saya begitu bimbang yang saya mungkin akan mendapat jangkitan yang teruk. - mirror.co.uk
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.