Followers

Friday, June 13, 2014

MP Kulim Bandar Baru sahkan notis diisytihar muflis HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mengesahkan notis pengisytiharan muflis terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti disiar beberapa akhbar semalam.

Beliau berkata memang wujud tunggakan pembayaran oleh sebuah syarikat milik ahli keluarganya dan beliau telah menghubungi pihak bank bagi membincangkan penyelesaian baki tunggakan tersebut.

"Betul notis itu dikeluarkan terhadap saya. Ini urusan pinjaman oleh syarikat yang diusahakan keluarga saya. Tapi sejak 2007 saya sudah tidak berada dalam organisasi syarikat itu.

"Tapi tak apa, ia tetap milik ahli keluarga dan ada kaitan dengan saya. Saya akan selesaikannya dalam masa terdekat. Perbincangan dengan pihak bank mungkin akan dibuat sedikit masa lagi," katanya dipetik mStar Online.

Sejak semalam, salinan notis muflis terhadap beliau itu tersebar di internet dan aplikasi media sosial yang lain.

Ianya muncul ketika isu serupa membabitkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Baharin Shah yang difitnah oleh sebuah blog pro Umno kononnya beliau dikenakan tindakan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Pada satu sidang media di lobi Parlimen semalam, Raja Baharin bagaimanapun menafikan perkara itu dan berkata akan menimbang untuk menyaman pihak yang mencipta fitnah tersebut.

Dalam pada itu, pengisytiharan muflis terhadap Abdul Aziz boleh menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, jika beliau gagal menjelaskan hutang tersebut. - HARAKAHDAILY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.