Followers

Friday, June 13, 2014

HUDUD : BELUM LULUS LAGI, DAH BINCANG SIAPA TUKANG POTONG TANGAN

HUDUD ALA MALAYSIA - DAH LAMA DAH...DAH ...DAH

KERAJAAN BOLEH LANTIK TUKANG GANTUNG SAMPAI MATI, KENAPA TAK BOLEH LANTIK TUKANG POTONG TANGAN?

Mula-mula kita baca dulu penjelasan ringkas tetapi padat mengenai Hukum Hudud oleh Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil, Ulama Muda PAS.

HUDUD : BELUM LULUS LAGI, DAH BINCANG SIAPA TUKANG POTONG TANGAN

1. Bising di dada akhbar tempatan berbincang tentang "siapa nak potong tangan". Walhal perkara semudah ni tak perlu nak dipolemikkan. Bertambah pelik, ada juga "penulis penulis muda" (kononnya) yang menganggap hudud di Kelantan masih jauh kerana si pemotong tangan pun belum selesai dibincangkan. Walhal dia perlu faham bahawa kenyataan sedemikian sedikit pun tidak membantu memahamkan orang tentang hudud dan tidak juga membantu memenangkan Islam.

2. Hari ini kita memperjuangkan supaya hudud itu diluluskan sebagai salah satu undang undang negara. Kita belum lagi mulakan perbincangan tentang teknikel teknikel pelaksanaannya. Jangan disebabkan masalah teknikel, terus kita berhenti buat kerja. Contohnya rumah belum siap dibina, tapi dah mula berebut siapa nak duduk bilik ni, dan siapa nak duduk bilik tu. Disebabkan perebutan ini, akhirnya tak jadi bina rumah kerana dengan alasan yang tak masuk akal, iaitu belum dapat tentukan susunan bilik.

2. Setiap perbuatan ada undang undangnya. Solat ada undang undangnya seperti perlu berwudhu terlebih dahulu, perlu berniat dan sebagainya. Perkahwinan juga ada undang undangnya, seperti rukun kahwin dan sebagainya. Dalam jenayah juga ada undang undangnya. Mengapa dalam bab solat dan nikah kita menggunakan undang undang Islam, sedangkan dalam bab jenayah kita tak pula menggunakannya? Adakah kita fikir Islam hanya pada solat dan nikah sahaja?

3. Undang undang jenayah dalam Islam ada 4 jenis :

a. Qisas
b. Hudud
c. Diyat
d. Ta'zir

Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :

a. Bunuh dengan sengaja
b. Melukakan dengan sengaja
c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja

Hudud pula melibatkan 6 kes :

a. Murtad
b. Merompak
c. Minum arak
d. Berzina
e. Mencuri
f. Tuduh zina (qazaf)

Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :

a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.

Ta'zir pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.

4. Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan. Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.

5. Hari ini kita berbicara tentang meluluskan hudud sebagai salah satu undang undang negara, bukan nak terus potong tangan orang keesokan harinya. Pada zaman Saidina Umar ketika zaman kemarau, hudud masih tergaris sebagai undang undang negara, tetapi hukuman potong tangan bagi pencuri tidak dilakukan kerana tidak cukup syarat pelaksanaannya. Bagi kes bunuh atau zina dan lain lain, kekal terlaksana seperti biasa apabila cukup syarat syaratnya.

6. Sekadar ini ringkasan pertama saya. Insya Allah berkenaan dengan kefahaman hudud akan disambung pada post akan datang. Semoga hudud dapat difahami dengan baik. WaLlahua'lam.

Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil
Timbalan Ketua Lajnah Keahlian Ulamak Pelapis PAS Perak
Exco Dewan Pemuda PAS Perak
AJK Lajnah Tarbiah PAS Perak (SUMBER)

Ini pula kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia tentang persoalan siapa akan memotong tangan pesalah yang dihukum berdasarkan hukum hudud:
MENTERI YANG MEMPERTAHANKAN TANGAN PEROMPAK GANAS 
Betullah tu. Memang takde peruntukan pun. Tapi, untuk perlantikan tukang gantung sampai mati ada pulak ye? Apa jawatan dalam surat tawarannya?
Jawatan ditawarkan: Jurugantung
Gaji: Lumayan (Masa tiada orang yang digantung, makan gaji buta).
Jabatan: Kehakiman.
Di bawah ini pula petikan akhbar luar negara tentang hukuman mati di US:

DILAKUKAN OLEH PAKAR PERUBATAN: INI LEBIH ADIL?
Kita nak tahu juga, pendakwah yang dihukum mati di Memali pada tahun 1985 itu macam mana pulak?  Oh...tentu jawapannya: Mereka bukan pendakwah. Mereka pengganas.
Iyalah. Rakyat sendiri pengganas. Penceroboh bukan.
DAPATAN PERISIK YANG BERSISIK 
Opps! Yong menyimpang pada isu pengganas pulak dah...

Apapun, ini soal keadilan. Soal kemanusiaan. Soal kesejahteraan rakyat yang rindukan keamanan lestari. Soal the Government's efficiency. Kecekapan tadbir-urus negara. Relevan kan?
 
Macamlah hukum hudud itu cuma berkisar tentang potong tangan saja. 
 
Kalau Kementerian Kesihatan hendak menentang hukum potong tangan, Kementerian juga patut menentang kezaliman hukum gantung sampai mati dan hukum rotan yang kerajaan sedang amalkan. 
 
Untuk mengetahui bagaimana hukuman dijalankan di negara lain (adakah lebih humane?)

JOM SOKONG HUDUD DAN KEKAL DALAM PAKATAN RAKYAT



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.