Followers

Friday, May 16, 2014

Presiden PAS, Mat Taib di Himpunan Memali 23 Mei......SEMUA DIJEMPUT HADIR.....

Photo: Jumaat, 16 Mei 2014.

Presiden PAS, Mat Taib di Himpunan Memali 23 Mei......
 
KUALA LUMPUR - PAS mengalu-alukan kedatangan orang ramai dan penyokong untuk hadir pada Himpunan Keadilan Untukmu Memali pada 23 Mei nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar memberitahu himpunan tersebut bagi menjelaskan fakta sebenar pada peristiwa berdarah yang berlaku pada 19 November 1985.

"Himpunan ini diadakan berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Musa Hitam pada satu forum di kelantan pada 27 Mac lalu.

"Kenyataan tersebut menimbulkan persoalan kepada rakyat khususnya penduduk Memali yang menjadi mangsa, kita ingin memberi penjelasan yang sebenar apa sebenarnya berlaku dari fakta yang dipesong," jelas beliau.

Antara yang akan hadir pada himpunan tersebut adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Selain beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, yang akan hadir adalah Senator, Datuk Mohamad Yusof Hussin yang merupakan saksi hidup peristiwa itu.

Mahfuz menjelaskan, pada perhimpunan tersebut, satu tayangan video pengakuan Musa itu akan ditayangkan untuk tatapan umum.

"Pada sesi parlimen nanti, saya akan berusaha untuk membawa keluarga mangsa peristiwa berdarah itu untuk bertemu dengan Musa.

"Kalau selama ini fakta yang tidak benar disebarkan, maka pertemuan itu nanti biar mereka mendengar sendiri dari Musa apa sebenar berlaku disebalik kejadian itu," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu kesal apabila kerajaan enggan menarik balik kertas putih yang didakwa bercanggah dengan fakta sebenar.

Himpunan Keadilan Untukmu Memali itu akan diadakan di sebuah madrasah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya. - HARAKAHDAILY

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.