Followers

Friday, May 16, 2014

Hentikan Sengketa - Jangan Beri Bola Tanggung Pada Pihak Lawan.....


Kenyataan Media
15 Mei 2014

Apabila Pengerusi Jawatankuasa Displin Parti Tidak Berdisplin

Setahun yang lalu, saya ahli parti bernombor P130001536 yang ketika itu menyandang jawatan ketua AMK Cabang Balik Pulau telah menghantar surat aduan rasmi memohon tindakan displin terhadap Encik Azmin Ali. 

Surat bertarikh 11 Mei 2013 telah dihantar terus kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin, Dato Dr Tan Kee Kwong berikutan tindakkan Azmin yang mencerca parti secara terbuka di media perdana. 

Azmin telah mengkritik presiden kononnya mengamalkan dasar nepotisme dalam parti, akhirnya dilaporkan oleh pelbagai media dan menjejaskan nama baik parti. Ia jelas melanggar perlembagaan parti dan wajar diberi hukuman walaupun Azmin menjawat jawatan Timbalan Presiden parti, ketika itu.

Namun sehingga hari ini, masih tiada jawapan yang konklusif apatah lagi sebarang tindakkan yang diambil dari pihak jawatankuasa displin parti terhadap Azmin. 

Ia sekaligus mendatangkan sedikit kecurigaan, apakah Azmin kebal di dalam parti?

Kecurigaan itu akhirnya terjawab apabila baru-baru ini kelihatan kelibat Dato Dr Tan Kee Kwong berada dalam majlis pelancaran Keadilan Raya. Lebih mengejutkan, Dato Tan juga dilihat (dengan bukti bergambar) telah mengangkat tangan sebagai tanda ikrar taat setia kepada pasukan Keadilan Raya yang ditunjang oleh Azmin Ali. 

Kini kita kenal siapa Dato Dr Tan Kee Kwong dan kita juga kini faham mengapa Azmin begitu berani membuat sesuka hati di dalam parti. Apa saja boleh dibuat jika telah menguasai jawatankuasa displin parti, pasti terlepas hukuman.

Susulan kejadian itu, saya mewakili ahli parti secara serius mendesak Dato Dr Tan Kee Kwong berundur dari Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin Parti kerana terdapat 'percanggahan kepentingan'. 

Hanya selepas jawatan tersebut dilepas oleh Dato Dr Tan, maka dipersilakanlah berjuang dalam pasukan Keadilan Raya Azmin Ali atau mana-mana kartel.

Sekian 

Mohd Faizal AB Rahman
Mantan Ketua AMK Balik Pulau
No Anggota Parti: P130001536

"Kecurigaan itu akhirnya terjawab apabila baru-baru ini kelihatan kelibat Dato Dr Tan Kee Kwong berada dalam majlis pelancaran Keadilan Raya. 

Lebih mengejutkan, Dato Tan juga dilihat (dengan bukti bergambar) telah mengangkat tangan sebagai tanda ikrar taat setia kepada pasukan Keadilan Raya yang ditunjang oleh Azmin Ali."

Kenyataan Media
  

Apabila Pengerusi Jawatankuasa Displin Parti Tidak Berdisplin

Setahun yang lalu, saya ahli parti bernombor P130001536 yang ketika itu menyandang jawatan ketua AMK Cabang Balik Pulau telah menghantar surat aduan rasmi memohon tindakan displin terhadap Encik Azmin Ali. 

Surat bertarikh 11 Mei 2013 telah dihantar terus kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin, Dato Dr Tan Kee Kwong berikutan tindakkan Azmin yang mencerca parti secara terbuka di media perdana. 

Azmin telah mengkritik presiden kononnya mengamalkan dasar nepotisme dalam parti, akhirnya dilaporkan oleh pelbagai media dan menjejaskan nama baik parti. 

Ia jelas melanggar perlembagaan parti dan wajar diberi hukuman walaupun Azmin menjawat jawatan Timbalan Presiden parti, ketika itu.

Namun sehingga hari ini, masih tiada jawapan yang konklusif apatah lagi sebarang tindakkan yang diambil dari pihak jawatankuasa displin parti terhadap Azmin. 

Ia sekaligus mendatangkan sedikit kecurigaan, apakah Azmin kebal di dalam parti?

Kecurigaan itu akhirnya terjawab apabila baru-baru ini kelihatan kelibat Dato Dr Tan Kee Kwong berada dalam majlis pelancaran Keadilan Raya. 

Lebih mengejutkan, Dato Tan juga dilihat (dengan bukti bergambar) telah mengangkat tangan sebagai tanda ikrar taat setia kepada pasukan Keadilan Raya yang ditunjang oleh Azmin Ali. 

Kini kita kenal siapa Dato Dr Tan Kee Kwong dan kita juga kini faham mengapa Azmin begitu berani membuat sesuka hati di dalam parti. Apa saja boleh dibuat jika telah menguasai jawatankuasa displin parti, pasti terlepas hukuman.

Susulan kejadian itu, saya mewakili ahli parti secara serius mendesak Dato Dr Tan Kee Kwong berundur dari Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin Parti kerana terdapat 'percanggahan kepentingan'. 

Hanya selepas jawatan tersebut dilepas oleh Dato Dr Tan, maka dipersilakanlah berjuang dalam pasukan Keadilan Raya Azmin Ali atau mana-mana kartel.
Sekian 


Mohd Faizal AB Rahman
Mantan Ketua AMK Balik Pulau
No Anggota Parti: P130001536

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.