Followers

Friday, May 9, 2014

Najib penipu besar, ‘lupa’ janji mansuh Akta Hasutan - Oleh: AFEEQA AFEERA


lim kit siang oren
  SHAH ALAM : Pimpinan DAP menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan Akta Hasutan untuk melumpuh dan menjatuhkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) waalupun pernah berjanji menghapuskan undang-undang itu, pada 2012.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata tindakan Najib yang sengaja ‘melupakan’ janjinya itu bertujuan memberi amaran kepada semua pihak sama ada pemimpin PR atau masyarakat umum bahawa mereka boleh didakwa di bawah akta berkenaan jika berani mengkritik kerajaan.
“Permulaan ulang tahun kedua pemerintahan Najib dimulakan dengan gambaran ancaman bahawa Malaysia menuju zaman gelap apabila slogan besar seperti 1Malaysia dan Transformasi akan diganti dengan undang-undang tidak demokratik, menindas dan tidak adil.
“Rakyat Malaysia pastinya kecewa dengan polisi Perdana Menteri ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam satu kenyataan ringkas di Facebook menganggap Najib adalah ‘penipu besar’ kerana pernah berjanji kepada rakyat untuk memansuhkan akta zalim itu.
Katanya, lebih ironi janji itu turut dihebahkan ke seluruh dunia melalui satu temubual bersama media antarabangsa di London, pada Julai 2013.
“Selepas membuat janji itu, setakat ini sekurang-kurangnya setengah dozen ahli politik PR dan aktivis awam didakwa atas kesalahan menghasut. Betapa besarnya penipuan bertaraf ‘antarabangsa’ oleh Najib,” katanya.
Pada 11 Julai 2012, Najib mengumumkan akan memansuhkan Akta Hasutan selepas mengadakan pertemuan dengan Pejabat Peguam Negara.
Najib kemudiannya mengulangi janji sama, pada Julai 2013 ketika temubual dengan media antarabangsa British Broadcasting Corporation (BBC) dengan mengatakan akta itu akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional.
NEWSTahun lalu, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; aktivis PAS, Tamrin Ghafar bersama aktivis sivil, Haris Ibrahim, Adam Adli dan Safwan Anang didakwa mengikut akta terbabit.
Terbaru, mendiang Karpal Singh juga tidak terlepas daripada didakwa mengikut akta sama dan didenda RM4,000 serta berdepan dengan hukuman penjara.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menjadi mangsa terbaru didakwa mengikut Akta Hasutan susulan pembabitannya dalam klip video berjudul ‘Onederful Malaysia’ pada Februari lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.