Memang wanita Sabah cantik bah!, itu antara laporan yang sering saya khabarkan pada kawan-kawan yang bertanya tentang perjalanan saya ke Sabah minggu lalu. Sebelum ini memang ada ke Sabah, tapi tak berurusan di persekitaran bandar, mungkin tak perasan sangat dengan kewujudan para wanita Sabah cantik di sana.
Oleh kerana perjalanan kali ini hanya berlegar di sekitar Kota Kinabalu sahaja, maka sudah tentu terserempak dengan berbagai kumpulan, berbagai kaum dan bangsa serta agama di sekitar kota. Memang sudah menjadi lumrah manusia akan berpusu-pusu menuju ke kota atau pusat bandaraya.
Kita biasa berhijrah menuju ke kota dengan hasrat mencari rezki. Kita biasa mendengar bahawa kota besar menjanjikan punca pendapatan yang mengiurkan. Perkara sama berlaku sejak manusia mengenal apa itu kemajuan dan apa itu kota raya.
Ibnu Khaldun menceritakan perkara yang sama di dalam tulisannya di Mukaddimah. Baghdad ketika itu mengalami fenomena yang sama.
Manusia berpusu-pusu ke sana seperti kelkatu terbang menuju kepada cahaya. Akibatnya, banyak kelkatu yang terbakar jatuh mati bergelimpangan.
Kebiasaannya, rakyat yang merasakan diri mereka susah tinggal di perkampungan lalu berhijrah ke kota mendapati diri mereka jatuh susah di sana. Bahkan jauh lebih susah berbanding kehidupan mereka di kampung.
Jarang kita lihat orang kampung tidur di kaki lima atau di bawah jambatan. Tetapi fenomena itu adalah perkara biasa jika kita merayau dipersekitaran kota waktu awal pagi atau dilewat malam. Manusia hanyut tertipu dengan janji-janji manis di kota raya.
Dah terlajak le pulak dok cerita pasal masyarakat kota. Kita patah balik kepada cerita wanita sabah yang ramai di Kota Kinabalu yang cantik-cantik belaka.
Kuatkan iman jika ke Sabah
Ketika rakan yang menemani saya ke Sabah meninjau barangan kering dan kuih cincin untuk di bawa balik, dia berseloroh dengan makcik di salah satu gerai di situ. Kata kawan saya pada makcik itu, "iman saya dikacau bila datang ke sini!".Kebetulan azan zohor dilaungkan sebaik saja dia menghabiskan ayatnya. Ada sebuah surau di sebelah bazar kraftangan yang sentiasa meriah setiap kali masuknya waktu solat di situ.
Azan akan bergema dengan merdu setiap kali masuknya waktu solat.
Makcik yang mendengar keluhan kawan saya itu tersenyum simpul. Lalu dia terus menjawab, "ha!, itu dia bunyi azan, pergilah bersolat segera, tingkatkan iman...!".
Memang betul kata makcik itu. Di mana saja kita berada, solat jangan dilupakan. Bersolatlah, kyusuklah dengan bersolat, insyaallah kita akan terpelihara.
Kisah pemandu teksi Cina di Sabah
Saya menumpang sebuah teksi ketika mahu ke Kota Kinabalu International Airport. Pemandunya seorang lelaki berumur 64 tahun berbangsa Cina. Ketika berbual dengannya, dia tidak kekok menjawab bahawa dia bangsa Cina ketika saya tanya apa bangsanya.Walaupun berbangsa Cina, pertuturannya seperti orang Sabahan lain juga. Ada saja tambahan 'bah!' di belakang setiap ayat yang dipertuturkannya. Cuma telo Cina masih tetap ada.
Dia dilahirkan di Sabah setelah ayahnya melarikan diri dari Hong Kong ketika Jepun menghalau orang putih di sana. Keadaan kucar kacir ketika perang jepun dulu membuatkan ayahnya mengikuti orang putih ke Sabah.
Ayahnya datang ke Sabah bersama ibunya tetapi terpaksa meninggalkan dua orang anak perempuan mereka di Hong Kong.
Kini kedua-dua kakak pemandu teksi itu yang menjadi rakyat Hong Kong kaya raya. Pemandu teksi itu pernah ke sana ketika umurnya dalam lingkungan 40 han.
Kedua kakaknya menawarkan dia untuk menetap di Hong Kong dan mereka bersedia membeli teksi untuk adik mereka.
Namun dia menolaknya kerana katanya dia lebih selesa di Sabah. Walau dia tak kaya, kehidupannya aman damai dan tidak kalut seperti menusia yang menghuni Hong Kong.
Dia selesa di Sabah, walaupun hanya menjadi seorang pemandu teksi. Begitulah kata apek itu, jujur. Dia sering tersenyum sambil berbual, menggambarkan rasa aman di hatinya.
Wanita Sabah paling cantik dari Kadazan
Saya sengaja bertanya pada pemandu teksi itu apa pandangannya terhadap waniata cantik di Sabah. "Kalau kita nak kahwin dengan wanita cantik Sabah, agaknya kaum apa yang paling sesuai untuk dipilih?", tanya saya pada apek teksi."Kadazan bah!", jawab apek itu dengan pantas.
"Orang Kadazan cantik-cantik, lagipun orang Kadazan akan wariskan harta mereka pada wanita", sambung apek itu lagi.
Patutlah ramai juga orang yang saya kenal berhijrah dan bekerja di Sabah telah berkahwin dengan orang Kadazan di Sabah. Mereka cantik, putih, bersopan santun dan ada harta.
Menurut Apek itu lagi, kaum Kadazan asalnya datang dari Shanghai. Mereka telah berhijrah ke Sabah sejak 300 atau 400 tahun dahulu. Sebab itu mereka kelhatan seperti orang Cina.
Saya tak tahu cerita itu betul atau tidak betul. Tapi itulah yang apek teksi cerita kan pada saya sepanjang menumpang teksinya dari Pusat Bandar menuju ke KKIA. Dia mengenakan tambang yang murah saja pada saya iaitu RM25 untuk perjalanan tersebut. Terima kasih Apek!.
Sembulan, Kampung terakhir di tengah Kota
Tidak jauh dari bangunan saya buat kerja di Kota Kinabalu ada sebuah kampung yang dipanggil sebagai Kampung Sembulan. Saya meronda pada waktu tengahari pada hari khamis.Oleh kerana saya berpuasa sunat, semua orang pergi makan dan saya habiskan masa untuk melilau sekitar kawasan di situ.
Puas melilau saya menyelusuri sebuah sungai yang memisahkan antara kota sibuk dengan bangunan tinggi dengan sebuah perkampungan yang nampak seperti kampung setinggan.
Kelihatan orang lelaki kampung itu melepak di jeti kecil yang menambat bot-bot mereka di situ.
Anak-anak kecil mereka bermain naik dan turun sungai dengan menggunakan bot kecil. Mereka mendayung dengan penuh seni dan berulang alik ke sana sini.
Seorang rakan mereka kelihatan menunggu dengan satu tong air minyak di tebing sebelah kota sementara rakannya datang menyeberangi sungai itu dengan bot kecilnya.
Saya duduk di bawah pokok redup dan leka melihat temasya di sekitar kawasan tersebut. Saya perhatikan rumah-rumah di situ. Kelihatan wanita datang dan pergi turun dari teksi yang masuk di tepi kampung.
Ada beberapa anak dara kampung yang bebas keluar masuk rumah mereka seperti tidak kisah bahawa bersebelahan kampung mereka adalah sebuah kota besar.
Sekali lagi saya perasan bahawa wanita-wanita di situ cantik-cantik belaka. Putih melepak dan mempunyai iras cina.
Ada yang bertudung dan ada juga yang tidak. Apakah tolenrasi saya terhadap kecantikan sudah longgar atau memang benar-benar wanita Sabah semuanya cantik belaka...saya tak pasti.
Ini beberapa keping gambar wanita Sabah cantik yang sempat saya rakamkan. Sudah tentu bukan semuanya cantik buat semua orang.
Cantik itu subjektif sebenarnya. Untuk mereka yang nak ke Sabah, saya kasi warning sekarang, wanita Sabah cantik bah!
Pendapatanda
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.