Kenapa pula betul? Adakah tindakan PAS yang favor kepada hukuman hudud salah pula?
Baru2 neh Anwar Ibrahim menegaskan PR bersepakat mengekalkan apa yang telah disepakati bersama dalam isu hudud.
Sebelum ini mereka bersetuju untuk tidak bersetuju. Dan pendirian itu sekali lagi dibangkitkan apabila UMNO tiba2 diperlihatkan alim, favor kepada pelaksanaan hudud dan tiba2 aje entah dari mana dan sejak bila mereka menjadi sangat suka kepada hudud dan mahu ia dilaksanakan kat negara neh.
UMNO menggunakan HUDUD untuk survival politik mereka. Aku dah jenuh ulang2. Kemudiannya orang2 PAS marahkan aku.
Biarlah UMNO gunakan hudud untuk survival politik pun, janji mereka nak kepada ISLAM.
Yang neh aku nak cakap dorang BODOH pun tak sampai ahti. Sebab kawan2 sendiri. Maksud mempergunakan itu bukannya semudah ABC yang kita lihat kawan2. Sebaliknya begini.
A seseorang yang warak. Dia tak pernah tinggalkan solat. Dia beramal dengan apa yang dia imani. <-- baik.="" br="" ini="" muslim="" yang="">
B seseorang yang tidak warak. Dia bukanla tak percayakan agama tapi dia beramal dengan apa yang dia percaya sebaliknya dia seringkali sembang kencang bab agama. Suatu hari dia pakai kopiah dan orang puji2 dia hensem. So dia pun teruskan pemakaian kopiah walaupun tak pernah solat. Niat dia pakai kopiah sebab nak dipuji dan diperlihatkan sebagai handsome saja <-- br="" ini="" umno.="">
Maksudnya UMNO memang HARAM mahu kepada pelaksanaan hudud. Apa yang dorang nak buat sekarang neh ialah untuk selamatkan nyawa UMNO. Sebab ramai orang melayu dan non melayu menolak UMNO.
Siapa lue untuk menilai keikhlasan UMNO? Aku kena bidas kembali. Aku jawab, aku memang bukan sapa2 pun tetapi nak tahu orang tue IKHLAS ataupun tidak senang aje lebih2 lagi kalau kita bercakap pasal UMNO. Semudah ABC aje nak nilai KEIKHLASAN UMNO tue oi.
Pertama sekali, apa sudah jadi dengan semua skandal rasuah dan penyelewengan dalam UMNO dan kerajaan?
Seseorang yang gila babi nakkan hudud kena bersihkan parti sendiri dulu dan benda yang dia boleh bersihkan sekarang. Tanpa hudud pun semua kes2 rasuah dan penyelewengan yang babitkan menteri2 BN, UMNO dan agensi kerajaan boleh disiasat dengan seadilnya jika siasatan telus dibuat. Ini, ada dorang buat? Ini sekarang boleh buat tau. Tak payah sembang bab usul dan pindaan lagi tau.
Ada tak menteri2 BN dan UMNO letak jawatan dan masuk penjara ramai2 yang mana terbabit dalam kes2 rasuah sekarang neh? Ini sekarang boleh buat tau. Terima hukuman, akui kesalahan, lepas jawatan. Tanpa perlu tunggu hudud dilaksanakan pun, kalau kita betul2 nak kembali ke jalan yang betul sekarang neh kita dah buat. Semua yang rosak, yang tak betul, yang menyusahkan rakyat, yang zalim, yang menindas kita buang.
Sebab apa? Sebab kita dalam proses nak kembali ke jalan yang betul. Maka sambil2 itu di satu pihak akan buat pelaksanaan hudud. Di satu pihak lain pula akan bersihkan kerosakkan2 dalaman supaya benda3 tue nanti selari dengan apa yang dimatlamatkan. Iaitu membentuk keadilan untuk semua pihak pada semua lapisan masyarakat.
Tapi ada UMNO buat yang neh?
Siang kat paper huha huha sembang bab hudud. Sembang DAP gila babi tolak hudud. Sembang PKR lancau tolak hudud. Tapi dalam waktu yang sama UMNO masih meneruskan kezaliman ke atas rakyat. Ini tak tally langsung dengan apa yang mereka sembang kencangkan tadinya tue.
Itu pasal aku sama sekali HARAM nak sokong UMNO samada dia nak buat hudud ataupun tidak. Penanda aras aku mudah aje. Bukan tunggu manusia jadi sempurna. Tapi tunggu manusia yang sembang kencang bab keadilan, laksanakan keadilan dalam bentuk tindakan.
UMNO hanya sembang kencang. Hudud hanya mainan bibir bukan nya kepada tindakan.
Malangnya ada orang2 dalam PAS percaya kepada lakonan mereka. PAS tidakla aku kata mereka salah bila berniat mahu melaksanakan hudud. Memang bagus sungguh matlamat dan niat mereka. Hanya orang yang buat salah aje takutkan hukuman hudud. Tak buat salah pasai pa nak takut kepada hudud kan. Tetapi kena ambil tahu beberapa perkara dulu kenapa ia menjadi pertikaian rakyat.-->-->
Inilah pendirian aku.
1. Masalah depan mata perlu diselesaikan dulu.
2. Ko tengah sapu sampah, tapi ko tengok kat dapur pinggan banyak. Adakah ko nak habiskan sapu sampah ataupun ko terus tinggalkan sampah2 tue dan terus ke dapur cuci pinggan?
3. Orang yang akalnya cerdik akan teruskan sapu sampah sehingga dah siap dan bersih barula berlalu pergi buat kerja yang lain pula.
4. Jika tinggalkan sampah2 tersebut boleh jadi akan berterabur semula dan tak pasal2 kena buat kerja banyak kali. Berterabur satu hal, buatnya dalam sampah sarap tue ada kaca2? Sekali ahli keluarga ko tak nampak dan dia terpijak macam mana? Tak pasal2 kaki dia berdarah kan? Sebab apa? Sebab ko tak habiskan kerja ko dengan sempurna tadinya tue.
Begitu la juga dengan hudud.
Masalah yang ada depan mata ini selesaikan dulu.
Apa masalah kita? Banyak gila babi. Masalah takan habis. Itu benda yang pasti tapi sekurang2nya masalah2 yang penting yang membabitkan hak rakyat secara majoritinya perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kita bergerak ke frasa yang baru.
Dalam waktu yang sama tiada salahnya jika PAS mahu terus memperkemaskan draf hudud dari tahun ke tahun. Bentang dalam forum, bawa usul dan berbincang2. Itu bagus juga.
Sebab ini akan membantu menambahbaikkan draf hudud dari masa ke semasa. Dan ini juga akan memudahkan hudud dilaksanakan kat negara neh. Sebab ko dah siap bina tangga. Generasi akan datang hanya perlu naik tangga aje.
Mana2 yang tak betul boleh diperbetulkan hasil dari perbincangan dan forum2 terbuka. Cuma PAS perlu berlapang dada menerima teguran dan kritikan. Jangan cakap sikit terus nak merajuk dan tuduh2 orang lawan tuhan pula. Padahal orang tegur hasil kerja ko bukan tegur ketetapan Allah. Hasil kerja ko hasil kerja ko la.
Sejak bila pula ko jadi tuhan sampaikan orang tegur hasil kerja ko, ko boleh anggap orang lawan Allah? Cantik sikitla bahasa ko PAS oi. Jangan main sebarangan aje jatuh hukum.
Dan suka diingatkan, aku sendiri pun memang tak favor kepada pelaksanaan hudud pada masa sekarang. Dengan suasana sekarang apa yang aku nampak jika ia dilaksanakan ia akan jadi berat sebelah dan condong kepada menghukum rakyat semata2. Sah2 VVIP ngokngek macam geng2 BN akan terlepas. Pasal apa aku cakap macam tue?
Pasal dorang semua tak serahkan diri untuk jalani hukuman sebelum penguatkuasaan hudud (andaikata hudud jadi dilaksanakan). Buat bangang aje. Bayangkan le. Dengan undang2 penjara pun dorang rasa benda tue berat yang amat berat. Inikan pula potong tangan. Mao depa cari jalan macam mana nak bebaskan diri. Lantik hakim2 yang tak guna pegang keadilan ke. Macam2 cara la. Janji cara tue berkesan lindungi VVIP.
Aku rasa kita semua tahu kot satu kes yang sangat terkenal dimana seseorang remaja dirogol oleh bapa tiri tetapi dia yang terima hukuman walaupun dia mangsa rogol. Lupa pula berlaku kat mana. Yang ada petisyen antarabangsa tue. Yang merayu selamatkan mangsa rogol. Kes tue kontroversi sebab dia dihukum berlandaskan perundangan Islam.
Yang lebih teruk, imej ISLAM terjejas disebabkan kes itu. Ramai la non muslim berpendapat serong terhadap ISLAM tetapi what can we say? Ini sesuatu yang kita tak boleh decide sebab berlaku kat negara orang bukan kat negara kita.
Namun, perkara macam tue boleh berlaku di Malaysia. Juga di bawah pelaksanaan hudud. Hudud bukan undang2 ajaib. Sistem yang tertegak sendiri. Masuk2 aje ada hakim yang soal siasat ko. Saksi, hujah semua tersedia ada. Ko hanya masuk untuk jalani perbicaraan kes aje.
No. Hudud ialah sistem. Yang pegang sistem itu manusia.
Manusia kalau bab manipulasikan sistem dorang memang terer. Kalau bab salahgunakan sistem, lagi dorang terer.
Jadi, sama seperti undang2 lain, hudud aka perundangan Islam juga boleh disalahgunakan dan dimanipulasikan oleh tangan2 yang berkepentingan dan jahat.
Sebab itu pendirian aku dari dulu tak pernah berubah. Dapatkan pemimpin yang adil dan saksama dulu. Pemimpin yang adil neh tak perlukan aku sembang huha huha bab hudud pun. Bila dia sendiri adil, dia sendiri akan fikir macam mana nak bentuk keadilan kat negara neh.
Bila kita sebagai rakyat pongpang2 bab keadilan sah2 la kerajaan yang tadbir kita neh tak adil. Dan, korang masih lagi nak harapkan kerajaan UMNO aka BN neh melaksanakan hudud? Kemon. Orang yang jahat dan zalim tidak boleh pegang keadilan.
Kerana bila dia pegang keadilan maka apa yang akan berlaku selepas itu bukanla keadilan yang akan terbentuk tetapi kekejaman dan penindasan. Kang tak pasal2 ada pula yang disalah hukum oleh undang2 Islam disebabkan tangan2 yang diberikan amanah untuk laksanakan keadilan sama sekali tidak adil.
So, bila PKR dan DAP bantah pelaksanaan hudud, itu betul. Bukan bantah sistem hudud itu tetapi bantah disebabkan mereka sendiri sangat jelas dengan kemampuan dan keupayaan diri. Dengan undang2 yang sedia ada pun mereka tak mampu jamin mereka boleh sediakan ruang keadilan yang terbaik untuk rakyat apa lagi dengan pelaksanaan hudud?
Itu cukup berat dengan dorang. Dalam erti kata lain dorang sedar diri yang dorang memang tak adil. Buktinya dalam parti dorang sendiri macam2 masalah dalaman yang bergolak atas macam2 sebab. Takde beza pun dengan BN. Cuma pandai simpan atau tak pandai simpan je.
Jika PAS rasa mereka berkeupayaan untuk laksanakan hudud dan bertindak adil, maka buktikanla keupayaan diri dengan menyelesaikan masalah2 yang ada di depan mata. Isu kebersihan, masalah air, pembalakan dan juga lebuhraya rakyat.
Sampai bila UMNO nak jadi punching bag kepada PAS aje? Di negeri2 lain pun UMNO dan BN tak juga membantu.
Tetapi disebabkan amalan pengurusan dan pentadbiran itu tersusun dan kemas, sedikit demi sedikit dapat juga menyediakan kemajuan untuk kebaikan rakyat.
Maka dengan ini diharapkan sangatlah PAS agar tidak terpedaya dengan sandiwara UMNO yang memang semudah ABC boleh dinilai dengan mata kasar. PAS jangan risau, dia tak perlu sekalipun meletakkan hudud no kedua demi nak utamakan kesepakatan dengan PKR dan DAP.
Benda tue boleh menjadi keutamaan PAS. Bahkan dialu2kan. Kalau ko letak no 2 sah2 UMNO asyik sindir2 ko je kan. Tetapi dalam masa yang sama, tingkatkan keupayaan diri.
Bila kita sendiri berkredibliti, tanpa kita pujuk2 orang pun, orang sendiri akan letakkan kepercayaan dia ke atas kita. Senang cakap kalau lue ada merit yang membanggakan orang cari lue, bukan lue cari orang. Itu macam la PAS oii..
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2014/04/tindakan-dap-pkr-tolak-hudud-adalah.html#ixzz2yxYf1rrZ.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.