Followers

Tuesday, April 15, 2014

TERKINI ! KOMEN PENGARAH FILEM TITANIC TENTANG #MISSINGMH370 & BLUEFIN-21 ! #prayformh370


 
Komen dari pengarah filem terkenal #missingmh370 James Cameron di laman web Reddit Ask Me Anything (AMA).
 
Cameron yang merupakan penerbit, penulis kepada beberapa filem seperti Avatar, Titanic, Terminators 1 dan 2, dan Aliens juga merupakan seorang peneroka laut dalam dan pecinta alam sekitar.

Mengenai bagaimana mencari pesawat MH370 itu, Cameron berkata jika isyarat ping yang diterima sah menunjukkan ianya dari kotak hitam pesawat, maka pasukan pencarian perlu melancarkan apa yang dipanggil ‘searching box’ atau kawasan pencarian.

“Langkah seterusnya adalah dengan menggunakan kenderaan dasar laut dalam (AUV) untuk pergi sehingga 400 atau 500 kaki dari dasar laut, dan lakukan ‘pengimbasan sonar’ ke atas dasar laut tersebut” katanya. 

Menurut Cameron, proses pengimbasan akan mengambil masa berhari-hari atau berminggu-minggu, dan kemudian analisis akan mula dilakukan. 

“Analisis akan dibuat ke atas apa sahaja penemuan ganjil yang ditemui di dasar laut, seperti sesuatu yang tidak rata berkemungkinan batu, geologi, atau serpihan pesawat. 

“Setelah ada sasaran yang telah dikenalpasti dan tahu kedudukannya di dasar laut, kenderaan akan naik semula ke permukaan laut dan menurunkan sebuah kenderaan kawalan jauh (ROV) ke kawasan disasarkan” tambahnya lagi. 

ROV akan diturunkan dengan kabelnya diikat di kapal dan kamera video digunakan bersama dalam merakam imej di sana. 

“Anda akan dapat melihat dengan jelas menggunakan kamera video dan seterusnya mengenalpasti sama ada sasaran adalah pesawat yang dicari. 

“Begitulah cara bagaimana mencari pesawat MH370” terangnya panjang lebar dalam laman web tersebut. 

Namun kata Cameron, kesemua langkah ini bergantung kepada sekiranya isyarat ping tersebut sememangnya datang dari kotak hitam pesawat dan bukan dari sumber lain - Astro Awani
Kenyataan James Cameroon tentang penggunaan alat dasar lautan dalam itu correspond dengan usaha pihak SAR MH370 yang seterusnya. 
 
Sila baca :

Kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 akan digunakan lewat hari ini bagi meneruskan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang. 

Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston berkata, keputusan menggunakan kenderaan khas itu diambil berikutan tiada lagi isyarat dikesan alat pengesan pinger sejak Selasa lepas. 

``Walaupun tiada lagi isyarat dikesan (seterusnya), apa yang ada sebelum ini adalah petunjuk paling meyakinkan yang kami ada.

Kami perlu terus menjejaki petunjuk itu dengan sedapat mungkin,'' katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan operasi mencari pesawat berkenaan di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.