Followers

Tuesday, April 15, 2014

Kenyataan yg sungguh sombong dari UPKO/BN Penampang !!


 

YB Terrence Siambun (Moyog/PR) cuma menyatakan bahawa lantikkan Pengerusi JKKK harus dilakukan melalui pemilihan yg dilakukan oleh penduduk-penduduk kampung disamping beliau menyatakan apakah ciri-ciri yang patut ada sebagai pengerusi JKKK sesebuah kawasan itu.

Malangnya, UPKO/BN Penampang dengan sombong menyuruhnya menubuhkan JKKKnya sendiri. Adakah UPKO sudah hilang kewarasannya dalam usaha meraih sokongan dari rakyat?

JKKK ditubuhkan untuk menyelia keadaan pembangunan serta keselamatan sesebuah kampung dan sudah pastinya, mereka perlu memberikan input kepada pihak berkuasa tempatan mengenai apa-apa jua keadaan yang melibatkan penduduk kampung TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK mana-mana penduduk kampung tersebut.

UPKO pula mengatakan bahawa Pengerusi JKKK ini yg dilantik oleh Ketua BN Penampang semuanya adalah ejen-ejen BN ! Adakah ini bermakna pengerusi-pengerusi JKKK ini hanya akan memberikan layanan istimewa kepada penyokong-penyokong BN ?

Memang UPKO/BN Penampang sebiji macam UMNO. Kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam. Kalau tidak suka Malaysia, boleh keluar dari Malaysia. Kalau tidak happy, boleh form JKKK sendiri..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.