Followers

Wednesday, April 30, 2014

Suaram ingatkan Menteri Wilayah, Dataran Merdeka kawasan awam

Dataran-MerdekaKUALA LUMPUR 30 APR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengingatkan Menteri Wilayah & Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Dataran Merdeka adalah kawasan awam.

“Diingatkan bahawa Dataran Merdeka adalah kawasan orang awam dan soal permohonan permit dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak sepatutnya timbul,” tegas Suaram dalam kenyataan.

Adnan sebelum ini mengatakan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membenarkan perhimpunan berlangsung di Dataran Merdeka walaupun pihak penganjur telah memohon permit.

Tegas Suaram, tindakan tersebut adalah suatu penyalahgunaan kuasa.

Mahkamah Rayuan pada 25 April lalu membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah PAA kerana mengadakan perhimpunan ‘Black 505′ tanpa notis 10 hari.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof dalam penghakimannya berkata, tidak ada dalam Akta itu membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.

Mahkamah mendapati Seksyen 9 (5) untuk menghukum mereka yang berhimpun secara aman adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu kata Suaram, sambutan 1 Mei bukan perkara baru di Malaysia dan setiap tahun, orang ramai berkumpul untuk meraikan hari pekerja dalam semangat perpaduan untuk mendapat pembelaan yang lebih baik terhadap hak-hak pekerja.

“Ia membuktikan bahawa masyarakat umum boleh menganjurkan perhimpunan awam yang besar secara aman tanpa kekerasan, seperti yang ditunjukkan dalam perhimpunan Bersih, Himpunan Hijau dan Gerakan Mahsuhkan ISA.

“Perhimpunan hanya bertukar menjadi tidak terkawal apabila pihak polis gagal untuk menghormati hak untuk berhimpun secara aman dan mula menggunakan kekerasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan secara ganas,” tambah kenyataan tersebut.






Dato Bandar Kuala Lumpur kena terima hakikat yang PR menguasai Parlimen WP Kuala Lumpur.... BN hanya menang DUA KERUSI daripada 11 - bermakna PR menang 9 kerusi...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.