KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak bercadang untuk menjadi
Menteri Besar pada penggal akan datang.
Dalam tulisan di Facebooknya , beliau bagaimanapun berkata akan berkhidmat sehingga akhir penggal ini.
"Dan di akhirnya nanti, saya hanya mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Abdul Khalid telah membayangkan hasrat
untuk tidak meneruskan khidmat sebagai Menteri Besar bagi penggal ketiga
jika ditakdirkan Pakatan Rakyat terus mendapat mandat rakyat Selangor.
"Saya berpandangan kuat bahawa setiap
pemimpin yang dipilih rakyat perlu mengehadkan tempoh memegang jawatan
kepada dua penggal sahaja, baik Perdana Menteri mahupun Menteri Besar.
Perkara ini bagi saya jelas, kerana ia boleh memberi peluang kepada
orang lain.
Beliau secara peribadi merasakan bahawa
Pakatan Rakyat perlu menimbangkan untuk mengehadkan tempoh memegang
jawatan kepada dua penggal sahaja, kerana ini akan membuka jalan kepada
corak pemerintahan yang lebih segar.
"Parti kita perlu memikirkan dan memakai
pandangan bahwa seseorang itu tidak boleh terus memegang jawatan
terlalu lama," katanya sambil menambah bahawa ia perlu difahami jawatan
yang disandang itu bukanlah "anugerah tetapi tanggungjawab".
Khalid berjaya memimpin Pakatan Rakyat
untuk menang majoriti dua pertiga di Selangor pada pilihan raya umum 5
Mei lalu dengan menyapu 44 daripada 56 kerusi negeri. - hd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.