Followers

Wednesday, April 9, 2014

Punca Penculikan Pelancong Di Sabah, Didedah


Pelancong warga china, pekerja resort warga Filipina diculik
Sepasang pelancong suami isteri dari Taiwan menjadi mangsa kes bunuh serta culik
           Tangani isu pendatang, setinggan untuk elak penculikan, kata Matta

Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) mendesak Putrajaya agar menangani isu pendatang dan setinggan yang disifatkan sebagai punca penculikan pelancong di Sabah.

Naib Presiden Matta (kemasukan pelancong) KL Tan berkata, keselamatan dapat ditingkatkan dan penculikan dicegah jika isu pendatang tanpa izin diselesaikan.

"Selesaikan isu pendatang tanpa izin dan penempatan setinggan air akan tingkatkan keselamatan dan mencegah insiden memalukan dan penculikan berulang," kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Masalah kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah menjadi tajuk utama dan sering dibangkitkan banyak pihak sebelum ini, malahan satu Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI) juga ditubuhkan bagi menyiasat punca permasalahan tersebut.

Turut didedahkan dalam RCI tersebut adalah mengenai "Projek IC" di mana wujud usaha memberikan kad pengenalan kepada pendatang sebagai pertukaran undi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sabah.
Sabah juga dianggap sebagai deposit tetap kepada BN.

Minggu lalu, insiden penculikan di Semporna berulang selepas pelancong dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai, China dan  pekerja Filipina, Marcy Dayawan @ Mimi dibawa lari dari Singamata Reef Resort.

Kejadian terbaru tersebut meletakkan Zon Keselamatan Timur Laut Sabah (Esscom) dalam keadaan berjaga-jaga.

Ia meliputi kawasan seluas 1,400 km di pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Kejadian terbaru ini selepas insiden seumpama berlaku tahun lalu: dua kes membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom.

"Beliau bertanggungjawab melindungi semua rakyat Malaysia termasuk pelancong dan bukan mengelak daripada tanggungjawab," kata Tan lagi.

Tan juga menolak cadangan Wan Junaidi supaya pusat pelancongan yang jauh atau terpencil ditutup bagi mengelak insiden penculikan berulang.

"Untuk pengetahuan timbalan menteri, penculikan tersebut berlaku di tempat yang jauhnya lima minit daripada Semporna dan bukan dikawasan terpencil," kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Matta Sabah, Robert Chong mendesak Wan Junaidi supaya menarik balik kenyataannya tersebut kerana akan memberi implikasi kepada keyakinan peniaga, pelabur dan pembangunan di Sabah.

Wan Junaidi mengatakan Esscom tidak mampu menjamin keselamatan resort terpencil itu dan meminta mereka meningkatkan keselamatan sendiri.

Esscom ditubuhkan susulan insiden penculikan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah serta menerima peruntukan tambahan sebanyak RM75 juta daripada kerajaan pusat daripada peruntukan awal bernilai RM286 juta.

Bagaimanapun keberkesanan agensi tersebut menjadi pertikaian apabila insiden penculikan masih berulang di Sabah.

The Malaysian Insider

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:


Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian editor kami, Kita Bantai Dot Info.


 
Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
 


Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.