KUALA LUMPUR 9 April - Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek, Wong Ho
Leng dikatakan kini sedang tenat setelah menerima rawatan di Hospital
Mount Elizabeth, Singapura.
Beliau yang mewakili DAP bagi salah sebuah kawasan Parlimen Sibu itu menghidap barah otak.
Bagaimanapun, berita yang tersebar di laman sosial itu masih belum
mendapat sebarang pengesahan dari mana-mana wakil dari pihak beliau.
Sebelum ini, Pengerusi DAP Sarawak itu telah
mengesahkan dirinya sedang menghidap barah otak dan menerima rawatan
radioterapi di hospital berkenaan.
Beliau turut menjelaskan bahawa neurosurgeons di Australia mendapati glioma (ketumbuhan otak).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.