Barisan Peguam Yang Membela Sultanah Johor
Anggota polis dan Pasukan Tentera Johor mengawal ketat Mahkamah Rayuan Syariah Johor hari ini yang menjalankan perbicaraan kes perceraian melibatkan keluarga di raja Johor secara tertutup.
Kes
tersebut melibatkan permohonan rayuan oleh bekas Sultanah Tuanku
Zanariah Tuanku Ahmad terhadap perceraian daripada bekas suaminya,
Tuanku Mahmud Iskandar yang dilakukan selepas kematian dan dikuatkuasa
pada tarikh beberapa bulan sebelum kematian baginda.
Peguam
kepada Tuanku Zanariah, Kamar Ainiah Kamarulzaman berkata beliau dan
anak guam serta anak-anak pasangan itu juga tidak dibenarkan memasuki
ruang mahkamah, kecuali ketua peguam Afshah Ariffin.
Kamar
Ainiah berkata empat orang pegawai tinggi polis, 13 anggota berpakaian
seragam dan tujuh orang lagi dipercayai anggota Cawangan Khas juga
ditempatkan di luar ruang mahkamah.
"Terdapat juga beberapa ahli polis Unit Tindakan Khas dan juga anggota Tentera Johor," katanya.
"Mahkamah
Rayuan Syariah hari ini memastikan kita semua tidak berada dalam
mahkamah sebelum mereka memulakan prosiding, kecuali peguam utama,"
tambah beliau.
Malaysiakini
pada hari Khamis lalu melaporkan tiga anggota panel mahkamah
mengisytiharkan bahawa prosiding akan dijalankan secara tertutup.
Tuanku
Zanariah diwakili oleh peguam utama Afshah Ariffin manakala Kamar Ainiah
merupakan peguam undang-undang yang memfailkan permohonan Sultanah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.