Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein Onn
menangkis tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia memohon maaf
kepada mereka berhubung berhubung nasib yang menimpa pesawat MH370.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam
pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa penerbangan
itu "terhempas" atau "tiada yang terselamat".
“Dakwaan itu sangat tidak betul,” katanya yang menjelaskan, perdana
menteri hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di tengah
Lautan Hindi, berdasarkan analisis ke atas data yang diperolehi.
Tambahnya, satu pertemuan peringkat tinggi dengan anggota keluarga
tersebut akan diadakan tidak lama lagi, bertujuan untuk memberi taklimat
dari pakar antarabangsa.
Jelasnya, kebanyakan daripada penyelidikan dalam kes tersebut dijalankan tenaga pakar antarabangsa dari banyak negara.
"Taklimat ini akan membolehkan mereka mendengar sendiri dari pakar ini," katanya.
Beliau juga menyatakan rasa simpati kepada anggota keluarga berkenaan.
"Saya faham bahawa mereka mahu lihat bukti fizikal sebelum menerima bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi.
Katanya, beliau telah bertemu dengan anggota keluarga terbabit dan berjanji bahawa Malaysia tidak akan putus harapan.
"Kita tidak akan mengaku kalah sebelum kita mengetahui apa yang berlaku kepada MH370," katanya dalam sidang media hari ini.
Malaysiakini semalam melaporkan waris penumpang MH370 dari China itu
menuntut Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf
kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370,
tanpa mengemukakan bukti konklusif.
Seorang wakil kepada 34 orang waris berkenaan, Jiang Hui berkata Najib
tidak bertanggungjawab apabila mengumumkan perkara itu dan wakil
Malaysia sebelum ini hanya memberi "maklumat tidak efektif untuk
mereka".
Mereka juga kesal kerana wakil berkenaan perlu memeriksa maklumat dengan kerajaan Malaysia untuk setiap pertanyaan mereka.
Oleh itu, kumpulan tersebut mahu bertemu dengan wakil dari kerajaan
Malaysia, pembuat pesawat Boeing, pembuat enjin, Rolls Royce, syarikat
satelit Inmarsat serta wakil operasi mencari dan menyelamat bagi
mendapatkan jawapan. ~mk
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.