Oleh: AFIX REDZUAN.
PETALING JAYA, 16 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan berkemungkinan salah seorang calon bakal menarik diri sebagai calon Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum pemilihan berlangsung.
Anwar berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Pendaftar Persatuan (ROS) kini cuba mengekang beliau dan membayangkan hal itu adalah strategi yang bakal diambil.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada bakal menarik daripada mencabar isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam pemilihan parti ketika berdepan dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman penjara.
“Kalau Anwar kekal, Azizah tarik diri. Kalau Azizah kekal, Anwar tarik diri. Kami pasukan yang ‘utuh’ (formidable).
“Hidup mati kami bersama,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Sebelum ini, institusi kehakiman digunakan dengan membuat keputusan cepat berhubung kes Fitnah II yang dihadapi beliau sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dilangsungkan.
Kesan daripada itu, Anwar diisytiharkan tidak layak bertanding sebelum penamaan calon berlangsung dan menyaksikan Wan Azizah menggantikannya.
-NFN-

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.