Karen
seorang wanita yang tidak punyai masa menjalin hubungan intim. Dia cuba
melarikan diri dari belenggu kesunyian dengan meluangkan masa membuat
pelbagai kerja. Pada sebelah malam, dia ke gimnasium bagi bertemu rakan
sambil minum di kelab atau kafe. Bagaimanapun, tubuhnya perlukan
sentuhan lelaki. Dia mahu dibelai dan dimanja. Lantas, Karen mendapatkan
perkhidmatan pekerja seks lelaki yang jauh lebih muda dan bertenaga
darinya.
Daniel
seorang lelaki yang punyai nalurinya sendiri. Dia telah berkahwin
dengan seorang wanita selama 12 tahun. Mereka dikurnia dua cahaya mata.
Daniel sebenarnya berkehendakan seorang lelaki bagi memuaskan nafsu
serakahnya. Dia mengunjungi kelab dan rumah urut. Dia terlibat dengan
hubungan sejenis dengan pekerja seks lelaki warga tempatan ataupun yang
didatangkan dari negara jiran.
Karen
dan Daniel adalah antara manusia yang memerlukan khidmat pekerja seks
lelaki, jantan sewaan atau gigolo terlampau. Mereka punyai kehendak seks
namun tidak mahu hubungan berpanjangan. Permintaan bagi pekerja seks
lelaki semakin meningkat, walaupun masih belum menyaingi permintaan bagi
wanita peniaga tubuh di kancah pelacuran.
Majoriti
pekerja lelaki memuaskan pelbagai kehendak manusia. Mereka sebenarnya
di ambang risiko karena tidak mampu mengadu ke pihak berkuasa sekiranya
nyawa terancam. Mereka terdedah jangkitan penyakit kelamin. Namun, ada
pihak yang teramat perihatin dengan masalah yang mereka hadapi.
Antaranya ialah Hanafi Ali yang menerajui Pertubuhan Advokasi Masyarakat
Terpinggir (PAMT).
“Bukan
semuanya menawarkan khidmat bagi jantan homoseks,” ujar Hanafi, seorang
kauselor bagi pekerja seks ini. “Ada yang menawarkan seks bagi mendapat
bekalan dadah, sementara yang lain menerima upah wang ringgit.”
Dadah
kelab merupakan dadah jenis psikoaktif yang disalahguna oleh golongan
anak muda di bar,kelab, konsert dan parti. Antara yang popular termasuk
ketamin dan ekstasi.
PAMT
memperjuangkan nasib golongan tertindas ini. “Kami ditubuhkan bagi
memberi kaunseling kepada pekerja seks lelaki, terutama bagi menggalakan
amalan seks selamat,” kata Hanafi.
“Sekutu
kami, PT Foundation, merujuk mereka kepada kami. Setela menjalani
soalselidik, ia mampu mengenalpasti pekerja seks lelaki.”
PT
Foundation dahulu dikenali Pink Triangle Sdn Bhd. Ia menjalankan ujian
ke atas 80 individu sebulan. Pekerja seks lelaki dirujuk kepada PAMT.
Bagi mencapai mereka, Hanafi bergantung kepada laman media sosial dengan
berkata, dia mahu mendapatkan khidmat lelaki pengiring bagi
organisasinya.
~ Layari www.thebigissue.asia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.