RomeoSuci Rizal
Kata Tunku Abdul Rahman,
"Mahathir
buat satu surat kepada saya. Tapi dah diedar beratus ribu salinannya
kepada semua orang. Tentera-tentera, polis, orang-orang kebanyakkan
ni... diedarkan. Dia maki saya dalam surat itu dengan berbagai-bagai
perkataan."
"Saya
ini dibenci oleh semua orang Melayu. Dibenci oleh pegawai-pegawai
kerajaan. Dibenci oleh askar Melayu. Dibenci oleh polis dan sebagainya.
Di situ nampaknya, caranya, tujuannya nak bagi orang semua-semua benci
kepada saya, buang saya, ubahkan pemerintahan Malaya ini."
"Dia
kata saya ni pro-Cina. Saya berjuang begitu lama dan susah payah,
adakah nak angkatkan Cina saja. Ini semua untuk nak bagi tempat dalam
kalangan orang Melayu. Itulah tujuan perjuangan saya ini. Dia kata saya
pro-Cina, saya buat itu ini bagi Cina, macam-macamlah dia kata. Jadi,
tunjuk di situ khianatnya."
"Mahathir
dipecat dari UMNo sahaja, kami tidaklah buat apa-apa. Kami cumanya
pecat saja dia. Tapi kalau dia (Mahathir) tentu dia buat macam sekarang
ni, kurung dalam penjara."
Tindakan
UMNo Baru dengan budaya memfitnah dan memburuk-buruk lawan seteru
politiknya sudah lama dipraktikkan sejak krisis politik Mahathir dengan
Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.
Krisis
Perlembagaan 1988 juga disebabkan oleh tindakan Tun Mahathir sendiri
yang memperlihatkan sekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin
oleh Perlembagaan Malaysia.
Bagaimana
mereka fitnah Tunku Abdul Rahman... begitulah juga modus operandi
mereka misi memfitnah DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Panjang lagi ceritanya...
Pendedahan
Tunku, bagaimana UMNo Baru rejim Mahathir-Najib merampas harta ehsan
rakyat yang dikumpul Tunku untuk perjuangan UMNO Lama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.