KINI sudah hampir sebulan operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam usaha untuk menemukan pesawat MAS MH370 model Boeing 777 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu yang lalu.
Misteri kehilangan pesawat malang itu sehingga kini masih lagi
belum terjawab sejak MH370 hilang dari radar pada jam 1.30 pagi.
Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing,China pada hari yang sama.

Nasib 227 penumpang termasuk 2 bayi
dan 12 anak kapal kini menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat
seluruh dunia.
Yang menjadi persoalannya di sini kenapa tiada sebarang distress call atau isyarat kecemasan yang dihantar kapten mahupun juruterbang sekiranya berlaku sebarang kecemasan pada waktu itu?.

Sebaliknya,MH370 secara tiba-tiba tidak dapat dikesan oleh radar
penerbangan selepas 40 minit berlepas.Ketika itu,kapal berkenaan sudah
pun mencapai terbang pada peringkat ‘steady altitude‘.
Perlepasan dan pendaratan adalah aspek paling merbahaya dalam dunia penerbangan dan kemalangan jarang berlaku bila ia mencapai tahap steady altitude melainkan ada serangan pengganas.

Turut menimbulkan persoalan
ialah mengapa sudah hampir sebulan,sebuah besi atau objek berkaitan
kapal itu gagal ditemui walaupun puluhan kapal laut dan ratusan anggota
mencari dan menyelamat mengeledah setiap inci laluan MH370.
Situasi pelik itu menyebabkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA),Datuk Azharuddin Abdul Rahman sendiri pada sidang media memberitahu apa yang berlaku kini adalah misteri industri penerbangan dunia.

Beliau sehingga terpaksa mengatakan bahawa ada kemungkinan pesawat
itu telah dirampas pengganas.
Pesawat yang dikemudi oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah itu dibantu oleh juruterbang Fariq Abdul Hamid menerbangkan 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Dari 227 penumpang
termasuk dua bayi itu terdiri daripada 14 kerakyatan berbeza antaranya
China, Malaysia, Indonesia,India,Amerika
Syarikat, Australia,Rusia,Perancis,Ukraine,Itali,Austria,Kanada,Taiwan
dan Belanda.
Serentak dengan kehilangan pesawat itu,pasukan gerakan mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan terakhir pesawat itu dikesan radar iaitu di kepulauan Laut China Selatan berhampiran Vietnam.

Menurut kenyataan rasmi MAS,kedudukan terakhir
pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah pada 065515 Utara
(longitud) dan 1033443 Timur (latitud).Sehingga ke hari ini tiada
sebarang klue positif yang ditemui walaupun mengenai kehilangan
‘misteri’ ini.
Selain itu,sisa tompokan minyak yang dikesan di kepulauan Vietnam itu dan dikatakan milik MH370 dikaji oleh APMM di makmalnya yang terletak di Petaling Jaya dan keputusan ujian tersebut khabarnya bukan kepunyaan pesawat itu.
Jika kita melihat kembali insiden malang yang berlaku kepada penerbangan Air France pada 2009,yang terhempas di kepulauan Atlantik hanya selepas enam hari nahas berlaku,pencarian pihak mencari dan menyelamat berjaya menjumpai dua mayat penumpang lelaki pesawat AF447 itu.

Kemalangan tragik itu telah
mengorbankan 228 nyawa termasuk 12 krew kapal namun hanya 50 mayat
sahaja yang berjaya dijejaki pihak penyelamat.
Kes itu sahaja mengambil masa selama dua tahun untuk diselesaikan termasuk membawa keluar bangkai pesawat AF447 itu.

Daripada hasil laporan penuh
penyiasatan,nahas itu berlaku disebabkan masalah teknikal dan kecuaian
juruterbangnya sehingga mengorbankan ratusan nyawa penumpang dari Rio De
Janeiro ke Paris itu.
Namun,apabila bercakap mengenai pesawat MH370 sehingga ke hari ini kita tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut.

Tidak ada sebarang serpihan
pesawat yang ditemui di sepanjang kawasan terakhir pengangkutan udara
itu dikesan oleh radar penerbangan.
Kalau mengikut logik,Boeing 777 itu
hanya diisi dengan muatan minyak selama tujuh jam perjalanan dan kini
sudah hampir 72 jam masa berlalu.
Di manakah kapal terbang itu berada sekarang?

Persoalan itu bukan sahaja bermain di minda 30 juta
rakyat Malaysia sebaliknya turut sama dirasakan oleh penduduk seluruh
dunia yang mengikuti insident tersebut yang mendapat liputan meluas
daripada media antarabangsa.
Bercakap secara umumnya,kehilangan sesebuah
pesawat daripada paparan radar semasa penerbangan tanpa dapat dikesan
juga boleh berlaku sekiranya pesawat terbabit meletup di udara sehingga
menyebabkan juruterbangnya tidak sempat menghantar apa-apa isyarat
kecemasan.
Menurut kata pakar lagi,perkara itu amatlah mustahil bagi juruterbang mahupun krew penerbangan untuk menghantar isyarat kecemasan kerana letupan akibat dibom berlaku terlalu pantas dalam masa beberapa saat sahaja.

Apa-apa pun marilah kita terus berdoa agar pesawat
MH370 ditemui.
— feeling curious
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.