Sebuah pesawat
pengangkut milik Tentera Udara India (IAF)yang baru dibeli, C-130J
terhempas 72 batu di lapangan udara pangkalan Gwailor pagi semalam
dimana mengakibatkan lima anggota dalam penerbangan itu terkorban.
Bagaimanapun, IAF belum
mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai jumlah anggota dalam pesawat itu
yang sedang melakukan misi penerbangan latihan rutin.
Insiden pesawat empat
enjin buatan Amerika Syarikat itu menimbulkan persoalan dikalangan
juruterbang berpengalaman berikutan rekod keselamatan baik dan pesawat
itu yang mudah dikendalikan.
Menurut seorang
juruterbang kanan Tentera Udara berkatam kemalangan itu ‘pelik’ dan
beliau menjangkakan kru pesawat tidak dapat berbut apa-apa atau berlaku
kebakaran ketika penerbangan.
Setakat ini, operasi menyelamat diteruskan di lokasi pesawat itu terhempas.
Sedaka Sejahtera.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.