Followers

Wednesday, February 12, 2014

PRK ujian kepada MCA jika mahu masuk ke Kabinet, kata Chua - OLEH EILEEN NG


Chua Soi Lek berpendapat PRK DUN Kajang sepatutnya menjadi kayu pengukur untuk meyakinkan ahli MCA dalam mesyuarat khas (EGM) untuk menerima kembali jawatan Kabinet. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 12 Februari 2014.
 
Chua Soi Lek berpendapat PRK DUN Kajang sepatutnya menjadi kayu pengukur untuk meyakinkan ahli MCA dalam mesyuarat khas (EGM) untuk menerima kembali jawatan Kabinet. – 

Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 12 Februari 2014. Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac merupakan ujian kepada MCA untuk mendapatkan semula sokongan kaum Cina, pada masa yang sama mendapatkan semula tempat dalam Kabinet.

Bekas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, parti kaum Cina dalam Barisan Nasional (BN) itu perlu menggunakan PRK tersebut sebagai kayu pengukur untuk menyakinkan ahlinya dalam mesyuarat khas (EGM) pada 23 Februari depan untuk menerima kembali jawatan Kabinet.

"Jika masyarakat Cina mahukan MCA di dalam Kabinet, mereka perlu menolak Anwar," kata Chua, merujuk kepada rancangan PKR meletakkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi campuran itu.

"Jika mereka menolak MCA di Kajang, ia menunjukkan mereka tidak mahu wakil MCA dalam kerajaan dan juga Dewan Undangan Negeri Selangor," katanya lagi ketika wawancara bersama The Malaysian Insider hari ini.

MCA sebelum ini memutuskan tidak menerima sebarang jawatan kerajaan, susulan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu, di mana mereka hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen, dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.

Bagaimanapun, dalam EGM 20 Oktober tahun lepas, ahli-ahlinya mengubah keputusan mereka bagi membenarkan pemimpin parti dilantik ke jawatan peringkat negeri dan ahli majlis tempatan, namun keputusan tidak menerima jawatan Kabinet masih kekal.

Sejak itu, penganti Dr Chua, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berulangkali berkata wujud gesaan dalam parti supaya kembali menerima jawatan di Kabinet untuk menjadi suara kepada komuniti tersebut dengan lebih berkesan.

Ahli-ahlinya, semasa perhimpunan agung tahunan Disember lepas turut menyatakan rasa tidak puas hati mereka, menegaskan keputusan tersebut tidak memberi prospek baik kepada mereka, kerana tidak mempunyai suara dalam dasar dan keputusan yang dibuat kerajaan.

Namun, Dr Chua berkata masyarakat Cina secara jelas menolak wakil MCA dalam Kabinet, ia terbukti apabila mereka memilih DAP dalam PRU13 lalu.

"Saya tidak percaya dengan mempunyai satu atau dua menteri atau timbalan menteri, nasib MCA akan berubah. Atau akan mendapatkan kembali sokongan kaum Cina."

Beliau berkata dakwaan Liow mengatakan masyarakat Cina mahu MCA mewakili mereka dalam Kabinet akan memalukan dirinya sendiri jika Anwar menang PRK itu, serta memberi gambaran beliau seorang yang 'pentingkan diri' dan tergesa-gesa untuk menjadi menteri.

PRK Kajang ini kali ketiga diadakan sejak PRU13, susulan peletakan jawatan penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada parti PKR.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh pilihan raya pada 23 Mac, manakala penamaan calon pada 11 Mac.

BN, bagaimanapun, masih belum mengumumkan nama calon mereka, tetapi khabar angin bertiup kencang Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun akan diletakkan untuk melawan Anwar.  – 12 Februari, 2014.

The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.