Followers

Wednesday, February 12, 2014

Wee perjelas kenyataan tidak minta Teresa Kok mohon maaf

 
membicarakan sesuatu mesej di khalayak umum. – Gambar fail.
 
membicarakan sesuatu mesej di khalayak umum. – Gambar fail. 

Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong hari ini menjelaskan bahawa kenyataan beliau berhubung klip video kontroversi anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahad lepas tidak bermaksud beliau menasihatkan Kok supaya memohon maaf.

Katanya kenyataan beliau kepada media ketika itu hanya meminta Kok lebih sensitif dan matang dalam membicarakan sesuatu mesej di khalayak umum sebagaimana budaya masyarakat Cina dan amalan umat Islam.

"Kalau orang Islam boleh bermaaf-maafan pada perayaan Aidilfitri, kita orang Cina patut melafazkan kata-kata yang akan membawa tuah kepada orang lain. Itu adalah sebahagian sedekah kepada orang lain.

"Kita tidak mahu orang anggap budaya Cina memaki hamun dan mempersenda orang ketika perayaan. Itu bukan budaya kita (Cina), yang seharusnya melakukan perkara demi kebaikan semua orang dan tidak merosakkan hati orang lain," beliau berkata demikian selepas majlis makan malam Tahun Baru Cina anjuran MCA Sabah

Bernama sebelum ini melaporkan Wee menasihati Kok supaya memohon maaf atas klip video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang tersebar melalui YouTube itu, memaparkan Kok selaku pengacara menemu ramah tetamu yang mengeluarkan kata-kata menyindir antaranya pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah. – Bernama, 12 Februari, 2014.

The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.