Followers

Wednesday, February 12, 2014

Taib bersara 28 Februari, Adenan Satem ketua menteri baru Sarawak OLEH DESMOND DAVIDSON

 
Taib mengumumkan nama penggantinya apabila menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Tuan Yang Dipertua Tun Abang Muhammad Salahuddin hari ini. – Gambar fail.
 
Taib mengumumkan nama penggantinya apabila menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Tuan Yang Dipertua Tun Abang Muhammad Salahuddin hari ini. – Gambar fail.

Tan Sri Adenan Satem akan mengambil alih jawatan ketua menteri Sarawak daripada Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Perkara ini diumumkan Taib selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.

Peletakan jawatan Taib akan bermula pada 28 Februari. Taib juga dijangka akan menggantikan Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh sebagai TYT pada 28 Febuari ini.

Jika spekulasi ini benar, Taib perlu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan Pilihan Raya Kecil perlu diadakan di kerusi itu.

Adenan merupakan menteri tugas-tugas khas Sarawak dan juga ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Pada tahun 2011, beliau dipilih sebagai calon PBB dalam pilihan raya negeri Sarawak, untuk mempertahankan kerusinya Tanjung Datu, yang dimenanginya dengan majoriti yang selesa.

Beliau adalah antara tiga personaliti untuk mengambil alih jawatan ketua menteri. Dua lagi adalah Naib Presiden PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hassan dan Timbalan Presiden, Datuk Abang Johari Openg.


Taib memimpin Sarawak selama 33 tahun dan berkhidmat dengan semua perdana menteri Malaysia bermula sejak zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al -Haj. – 12 Februari, 2014.

The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.