Followers

Wednesday, January 22, 2014

Pakatan sekali lagi tawar ‘perbincangan’ dengan BN atasi isu perkauman OLEH MOHD FARHAN DARWIS

 
Muhammad Sabu (kiri), Anwar Ibrahim (tengah) dan Lim Kit Siang (kanan) bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Januari, 2014. 
Muhammad Sabu (kiri), Anwar Ibrahim (tengah) dan Lim Kit Siang (kanan) bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur. – 

Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Januari, 2014.Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi mengulangi kesediaan mereka bebincang bersama pimpinan parti kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah ekonomi dan isu pekauman yang timbul di negara ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, perbincangan berkenaan perlu bagi mengelakkan tercetusnya insiden yang tidak diingini, lebih-lebih lagi apabila isu peristiwa berdarah 13 Mei dibangkitkan ketika demonstrasi di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Kita ingin jelaskan isu ekonomi, kemiskinan, kenaikan harga barang adalah isu rakyat.

"Tidak harus diputarbelitkan dan menakut-nakutkan rakyat termasuk yang dikaitkan dengan isu kangkung, itu mahu dikaitkan dengan 13 Mei," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Selalunya yang menjadi mangsa adalah rakyat bawahan. Sebab itu kami menggesa Perdana Menteri yang merangkap Pengerusi BN segera menyambut saranan ini," katanya lagi.

Sementara itu, rakan PR daripada DAP, Lim Kit Siang menjelaskan, bukan setakat DAP, malah semua pihak termasuk PKR dan PAS tidak mahu peristiwa berdarah itu berulang kembali.

"Tak pernah dalam negara kita lalui zaman macam ini. Ada satu pihak rela cetuskan kebencian kaum dan agama berasaskan kenyataan palsu dan tidak benar untuk menunjukkan keadaan tak baik di negara ini," kata Ketua Parlimen DAP itu.

Jelas Kit Siang, yang juga ahli Parlimen Gelang Patah, insiden-insiden menggunakan "senjata 13 Mei" adalah amat berbahaya.

"Apa yang kita lihat mungkin hasutan senjata 13 Mei kedua. Dulu sebelum PRU13. Siapa cinta negara, siapa khianat negara. Sudah jelas," katanya.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu turut menegaskan isu himpunan membantah kenaikan harga barang sehingga mencetuskan kontroversi itu bukan bertujuan untuk menimbulkan isu perkauman.

"Kami orang Melayu di Pulau Pinang tidak terpanggil langsung bahawa isu kangkung adalah isu perkauman.

"Ia adalah isu ekonomi, kemiskinan dan kenaikan harga barang.  Memang BN Pulau Pinang yang lemas dan memainkan isu perkauman," katanya.

Minggu lalu, lebih 600 ahli Umno Pulau Pinang telah mengadakan demonstrasi di Seberang Jaya membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon menyuapkan kangkung kepada replika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam demonstrasi tersebut, peserta turut didakwa membawa sepanduk tertulis: "Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969... adakah anda mahu lagi?"

Selain itu, sepanduk tertulis," Hina PM seperti hina Melayu, "Allahu Akbar", dan "Hidup Melayu" turut kelihatan. – 22 Januari, 2014.

The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.