Setelah Buat Taik.. Harussani Cabut Lari..??
Akibat kenyataannya bahawa peserta demonstrasi Himpunan Turun Kos Sara
Hidup (Turun) 31 Disember lepas, sebagai “bughah” dan halal darah
mereka, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria terus mendapat tekanan
daripada pelbagai pihak.
Hari
ini, para khatib solat Jumaat menghentam dan mempertikaikan “fatwa”
beliau itu manakala semalam usaha Pemuda PAS Perak untuk bertemu beliau
gagal.
Ini kerana Harussani tidak bersedia untuk bertemu mereka dan menyerahkan kepada timbalannya untuk bertemu.
Pemuda PAS telah meminta penjelasan berkenaan isu “bughah” yang dibangkitkan itu.
Menurut Ketua Pemuda PAS Perak Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Pejabat Mufti
akan mengeluarkan penjelasan dan kenyataan rasmi tentang isu tersebut
dan enggan bertemu mereka.
Di Rawang, Selangor khatib sebuah surau hari ini mempertikaikan secara terbuka “fatwa” berkenaan dalam khutbah Jumaatnya.
Ustaz Zuhdi Mat Piah dalam khutbahnya di Surau As Siddiqin, Bandar
Tasik Puteri berkata, fatwa itu sangat bertentangan dengan Al Quran dan
hadis Rasulullah serta pegangan empat imam mazhab dalam Islam.
Katanya, “bughah” adalah pertentangan umat Islam menggunakan senjata
terhadap kerajaan Islam sedangkan pihak yang pergi ke Dataran Merdeka 31
Januari lepas tidak membawa apa-apa senjata.
"Bayangkan sidang Jumaat sekalian kalau fatwa itu dikeluarkan sebelum perhimpunan itu.
"Boleh jadi ada pihak yang akan mengambil kesempatan menggunakannya
untuk menumpahkan darah peserta demonstrasi itu kerana darah mereka
difatwakan sebagai halal," kata khatib itu kesal.
Posted by Jeebond BLM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.