Followers

Thursday, February 28, 2013

Saya mendesak agar Tun Mahathir dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin disiasat segera!!

28 Februari, 2013

Kisah Sebenar Di Sebalik Projek IC Sabah

Pendedahan oleh Puan Siti Aminah Binti Mahmud hari ini membuktikan bahawa pemimpinn UMNO – BN adalah pengkhianat negara yang sebenarnya.
Di bawah projek IC inilah kerakyatan diberikan sewenang – wenangnya terhadap warga Filipina dan Indonesia. Bukan itu sahaja, malah status bangsa sebagai ‘Melayu’ dan agama sebagai ‘Islam’ dikurniakan atas arahan pemimpin yang terlibat sekitar tahun 1990 sehingga 1994 iaitu Tun Mahathir Mohamad, Allahyarham Tan Sri Megat Junid dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Puan Siti Aminah yang terlibat dalam usaha kempen dan mempengaruhi penduduk Sabah untuk menyokong UMNO – BN ketika itu menyaksikan bahawa petugas – petugas UMNO – BN dikerahkan untuk mengedar borang pendaftaran kad pengenalan (borang dari Jabatan Pendaftaran Negara), mendapatkan butiran penduduk, mengambil gambar passport dan cap jari.

Maklumat yang diperoleh ini akan diserahkan kepada pegawai – pegawai di JPN di merata Sabah. Kad pengenalan dengan kod 03 ( projek IC ketika era Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris Bin Mohd Salleh, bekas Ketua Menteri Sabah), 04 dan 05 ( projek IC era Tun Mahathir ) akan siap dalam tempoh yang singkat dan dihantar kepada ketua kampong sesebuah kawasan.

Pun begitu, beliau yang hanya berurusan dengan Pejabat Perhubungan UMNO Sabah di Kota Kinabalu, ditangkap pada 20 September 1995 di Johor Bahru dan ditahan di IPD Johor Bahru kemudian di hantar ke Bukit Aman dan ditahan selama 60 hari sebelum diheret ke ISA selama dua tahun.Ibarat Ikan jerung dilepaskan, ikan bilis yang ditangkap.


Kesemua petugas yang terlibat seramai 127 orang dimasukkan ke ISA kecuali Ketua Pengarah JPN Sabah ketika itu, hanya ditukarkan ke Negeri Kelantan. Bagaimana pula dengan pemimpin UMNO – BN yang memberi arahan ini?Bagaimana lagi pemimpin UMNO – BN ingin menafikan penglibatan Tun Mahathir dalam memalsukan dokumen pengenalan rakyat asing?
Ini merupakan isu serius yang melibatkan keselamatan Negara, malah menggadai kesucian agama dan kehormatan bangsa.
Saya mendesak agar Tun Mahathir dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin disiasat segera dan dipertanggungjawabkan di atas segala perbuatan khianat serta mencabuli kedaulatan Negara dan menafikan hak rakyat Sabah yang tulen.


YB Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang

Bernama Diminta Perbetul Fakta Isu Air Selangor !!

MB Selangor Selar Bernama Selewengkan Fakta Isu Air

 
Kerajaan Negeri Selangor menegaskan bahawa artikel Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bertajuk ‘Air Selangor Dalam Keadaan Kucar-kacir’ yang disiarkan pada 26 Februari lalu oleh beberapa akhbar dan portal berita mengelirukan.
Ia juga mengandungi kesalahan fakta berhubung usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat mendapat perkhidmatan air yang lebih baik dan cekap pada kadar tarif munasabah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam suratnya kepada Ketua Editor Bernama, Datuk Yong Soo Heong berkata, Kerajaan Negeri meletakkan tanggungjawab membetulkannya atas bahu Bernama yang cuai di dalam memilih pendapat ‘pakar’ yang meragukan.

Ujar beliau, kenyataan seorang ahli akademik Dr Zaharuddin Ahmad Sabri yang mendakwa konon dirinya seorang pakar air, lantas Bernama merumuskan bahawa pengurusan dan insfrastruktur air di Selangor dalam keadaan kucar-kacir .

“Agak sukar untuk mengiktiraf beliau sebagai pakar air kerana dari semakan yang lakukan, tiada satu makalah pun samada terbitan buku mahu pun artikel pendek yang pernah beliau hasilkan khusus dalam pengurusan industri air,” kata Abdul Khalid.

Tambah Abdul Khalid, kenyataan Dr Zaharuddin yang mempersoalkan kemampuan kewangan Kerajaan Negeri membiayai tawaran RM9.65 bilion bagi membeli empat syarikat konsesi air dipertikaikan.

“Nampak jelas beliau sebenarnya tidak mengkaji Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang menerangkan secara terperinci penstrukturan semula industri perkhidmatan air.

“Selaras dengan Akta 655, aset air negeri dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pada nilai yang ditetapkan.

“Oleh itu, pemerolehan aset air akan dibiayai oleh PAAB, sementara Kerajaan Negeri akan membiayai pemerolehan nilai ekuiti konsesi,” katanya.

Jelas Abdul Khalid, pada masa ini beberapa institusi kewangan tempatan dan asing menunjukkan minat untuk membiayai perjanjian ini bagi pihak rakyat Selangor.

Tawaran ini munasabah kerana memberi pulangan 12 peratus setahun kepada kepada pemegang saham disamping semua asset dan liabiliti diambilalih Kerajaan Negeri.

“Kita menegaskan bahawa penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah amat penting untuk memastikan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menikmati perkhidmatan air yang cekap dan berbaloi,” ujar beliau.

 

[BERGAMBAR] Sahih - Jejambat Dekat Tol Putrajaya/Cyberjaya Runtuh


Satu jejambat di kawasan dekat Taman Sains Selangor, Cyberjaya runtuh dalam satu kejadian petang ini.

Beberapa gambar yang menunjukkan jejambat yang runtuh merentasi satu jalan yang sedang dibina hari ini dikesan tersebar di laman Facebook dan Twitter.

Tulisan di Twitter menyebut, tiada individu yang cedera akibat kejadian tersebut memandangkan jalan itu ditutup kepada pengguna.

Balai polis Cyberjaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian runtuhan jejambat tersebut, namun pegawai berkenaan berkata kawasan berkenaan berada bawah bidang kuasa balai polis Putra Perdana, yang tidak dapat dihubungi.

Seorang pegawai polis di ibu pejabat daerah Sepang memberitahu Malaysiakini, mereka tidak mempunyai maklumat buat masa ini.

"Pegawai kami sudah berada di sana namun kami masih belum mendapat sebarang maklumat," katanya. -mk








Ulasan GB


Hairan ya, jejambat konkrit tiba-tba runtuh tanpa ada ribut taufan melanda....

Demikian kuasa Ilahi.

Justeru tidak hairan juga kerajaan BN yang dikatakan kukuh di Putrajaya juga boleh runtuh jika Dia mengkehendakinya.

Justeru itu jangan takbur! 







Photo: SEBAB JAMBATAN RUNTUH DIPUTRAJAYA SUDAH DIKENAL PASTI - ANAK GAJAH BERSENAM DIATAS JAMBATAN ???
SEBAB JEJAMBAT YANG RUNTUH DIPUTRAJAYA SUDAH DIKENAL PASTI - 
ADA ANAK GAJAH YANG BERSENAM DIATAS JEJAMBAT TERSEBUT ??
 

( Video ) Siapa Arah Bunuh Altantuya? [Part 1 - 4]

 
PI Bala wows the crowd  -  Lisa J. Ariffin
 
PI Balasubramaniam captivates the audience in his first public experience. 
 



KUALA LUMPUR: Support for P Balasubramaniam during his first public appearance following his return to Malaysia was nothing short of overwhelming.

Hundreds thronged the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) last night to catch a glimps of the private investigator who implicated Prime Minister Najib Tun Razak in the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu.



Organised by pro-opposition group Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), the forum “Who Killed Altantuya?” was also graced by PKR Rembau division chief Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Cynthia Gabriel from human rights NGO Suaram and controversial cartoonist Zunar.

During the forum, Balasubramaniam shared his experience working for Abdul Razak Baginda by recounting his first statutory declaration (SD) in detail.






The crowd cheered whenever he mentioned Altantuya’s name, and jeered when he spoke of Najib.

Balasubramaniam then pledged his suport to Pakatan, and said he would “do anything” to see the opposition coalition come to power in the upcoming general election.

Despite welcoming the public to pose questions to Balasubramaniam, Chegubard ended the forum after the former finished his speech.

When approached by reporters, Chegubard said his group would be organising a press conference with Balasubramaniam “sometime soon”, but declined to say when.

Chegubard also said that three KLSCAH workers have been detained on the suspicion of drug use moments before the forum, but did not elaborate further.

On Sunday, Balasubramaniam returned to Malaysia and immediately declared that the first SD he made in 2008 on the murder of Altantuya was the truth.

Balasubramaniam alleged that Najib was involved in the murder of Altantuya and then Inspector-General of Police Musa Hassan was asked to “take care” of the case for Najib.

However, he produced the SD the next day and retracted all his allegations against Najib.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/02/28/pi-bala-wows-the-crowd/#sthash.di3EKkyg.dpuf

PANAS DAN TERKINI !!!! Najib lepas jawatan sekiranya Dr M mahukannya??? Written by Anuar Mohd Nor

Tidak akan saya bercerita selagi saya tidak mempercayai sumber-sumbernya dan sekiranya saya lakukan semestinya dalam bentuk persoalan tentang sesuatu isu atau berita yang belum sahih kebenarannya.

Namun kali ini saya ingin bertanya kepada Perdana Menteri Datuk Najib Tun Abdul Razak – adakah benar YAB mengeluarkan kenyataan – bahawa YAB akan melepaskan jawatan sekiranya Tun Mahathir berkehendakkan untuk YAB melepaskan jawatan.

Apa benarkan kenyataan itu – benarkan sekiranya Tun Mahathir Mohamed mahukan Najib melepaskan jawatan maka Najib akan melakukannya.

Kenapa sampai begitu dan mengapa sekiranya benar – Tun Mahathir mempunyai sebesar itu kuasa dalam Umno dan dalam kerajaan Malaysia.

Pernah www.umno-reform2.com menulis mengenai broker kuasa dalam Umno dan adakah Tun Mahathir sebenarnya broker kuasa itu. Kenapa sampai PM Malaysia ditentukan.


Adakah kerana ahli Umno masih tersekat dalam satu kongkongan masa sehingga tidak dapat melihat dan menilai keperluan hari ini.

Biarkan Dr Mahathir terus dalam legasi yang diciptanya tetapi ahli Umno kena bergerak jauh dari asyik terikat dengan kapsul masa yang dibentuk oleh Dr Mahathir.

Itu kalau benar kenyataan Najib Tun Abdul Razak bahawa beliau akan melepaskan jawatan sekiranya Tun Mahathir mahu secara “reverse” Najib mahu memaklumkan bahawa beliau terikat dengan Tun Mahathir dan mahu kita dalam Umno membebaskan Umno dari cengkaman lampau yang lambat laun akan mengikis Umno dari mata rakyat.
Najib perlu bertindak segera dengan berani – tidak sujud pada ugutan dan tidak tunduk pada sesiapa dalam memastikan Malaysia terus maju dan makmur.

Namun yang penting bebaskan Umno dari pengarah lama Dr Mahathir – ini zaman baru – kalau benar kenyataan Datuk Najib ini.

— umno-reform2.com

( Video ) DUA PELAWAK HARAM TAK LAKU HARUS KITA BOIKOT !!


PANAS! Teruk Kena Hentam, Salih Yaacob Bersara?


Terlibat dengan agenda politik memang boleh membunuh karier seseorang artis itu jika tersilap langkah, terbaru Salih Yaacob telah nekad untuk terus bersara dari dunia hiburan.
Keputusan itu di’ambil beliau kerana timbulnya sebuah video dalam siri Bangkang Dari Longkang yang menampilkan dirinya bersama Nabil Ahmad yang mempersenda hak rakyat untuk memilih kepimpinan mereka.
“Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat,” ujar Salih Yaacob kepada Utusan Malaysia baru baru ini.
“Saya mengambil keputusan untuk tidak akan lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan”
Sinar FM tempat di mana Salih Yaacob bertugas sebagai penyampai radio juga menerima tempias apabila di ugut boikot oleh peminat yang kecewa dengan penampilan penyampai mereka dalam video tersebut.

 

BN Melaka Dalam Bahaya.. Ini Buktinya Posted by Addin Deen

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengakui bahawa 4 kerusi Parlimen dan 14 kerusi Dun di Melaka berada dalam keadaan bahaya bagi BN.

"Kalau Dato Ali menyatakan 4 kerusi Parlimen dan 14 Kerusi Dun bahaya kepada BN maka kita kena menang sedikit lagi untuk memerintah Melaka"

"Ali berkata begitu dalam akhbar Cina hari ini" ujar Shamsul.

 Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran PAS MTD Bukit Baru di Kg Bukit Katil malam tadi. Ceramah menarik minat ramai kerana ia diadakan betul-betul di hadapan Dewan Tun Ali dan Rumah Melaka.
Ramai pemerhati berpendapat 4 kerusi Parlimen tersebut ialah Kota Melaka, Bukit Katil, Alor Gajah dan Tangga Batu. 
 
Manakala 14 kerusi Dun pula ialah Bandar Hilir, Kesidang, Kota Laksamana, Ayer Keroh, Bachang, Klebang, Bemban, Duyong, Paya Rumput, Rim, Machap, Bukit Baru, Telok Mas dan Durian Tunggal. Kawasan-kawasan dikategorikan sebagai kawasan hitam.

Malah pemerhati politik juga melihat kerusi-kerusi seperti Lendu, Asahan, Serkam, Taboh Naning , Sungai Rambai dan Ayer Molek juga dilabelkan sebagai kelabu oleh BN. ~mutaligat

Gambar Ustaz Azhar Ini Meroyankan Umno..Bereh Bo..



Caya la ustaz di LTDL Kuantan..Apa pun bereh bo..yang penting kasi Umno meroyan,
Ustaz Kazim pasti jelous,,,,kuah3..Gambar : fb Ajijoi
.


GEMPAR - Video Memalukan Papagomo - Kekejaman seorang bapa terhadap anak2 dan ibu.


GEMPAR - Video Memalukan Papagomo

Dukunpasir

Dikalangan pembaca yang mengikuti isu isu politik dalam rangkaian dunia maya pasti mengenali PAPAGOMO lebih lebih lagi Papagomo sering membuat isu isu berbentuk fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

Apa yang menarik, disebalik semua fitnahnya...... Papagomo

TIDAK PERNAH MENGAKU BAHAWA blog yang ditulisnya itu adalah hasil kerja beliau terutama untuk mengelak disaman oleh Dato Husam Musa. 

Yang lebih menarik lagi ialah isu isu fitnah yang dicetus atau dicipta Papagomo akan dijadikan SUMBER untuk blogger-blogger bawahan menyebarkan isu tersebut dengan lebih rancak dan meriah.

Namun begitu, tiada siapa boleh menduga, akibat terleka dengan FITNAH, Papagomo terlupa hingga dituduh pula mengabaikan tanggungjawabnya sebagai KETUA RUMAH TANGGA HINGGA BERCERAI.

ITULAH yang dibaca oleh penulis dalam blog YANG MENYEBARKAN BERITA PAPAGomo ini yang nama sebenarnya ialah Wan Muhammad Azri b Wan Idris. Tapiii......... yang pelik dan hairan, blogger yang menyebarkan berita berbentuk video dibawah ialah DARI KALANGAN MEREKA SENDIRI..... 

Ingatkan ketua ketua cawangan UMno saja yang berusaha jatuh menjatuhkan sesama sendiri, rupanya dikalangan blogger pun sama

Oklah.....Saksikan video PAPAGOMO MERAMPAS ANAKNYA DENGAN CARA YANG KASAR DAN BIADAP DIBAWAH......

Pembaziran Melampau BN: Itulah Yang Bankrapkan Negara - Aziz Bari


Dakwaan pemimpin Umno-BN bahawa negara bakal muflis dalam tempoh dua tahun sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk pemerintahan dan menunaikan tiga janji mereka adalah tidak tepat.

Umno-BN ‘terlupa’ bahawa perkara yang menyumbang kepada negara muflis adalah pengurusan tidak telus, pembaziran melampau dan subsidi yang terlalu besar kepada kroni mereka.

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata pentadbiran Umno-BN sepatutnya mengambil iktibar daripada cara pemerintahan Pakatan terutamanya di Selangor.

Di negeri itu pengurusan yang lebih telus, berhemat serta berjimat telah mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.

“Sebagai contoh di Kedah, kerajaan PR menurunkan cukai tanah dan dapat meningkatkan hasil balak daripada pentadbiran yang telus.

“Begitu juga di Selangor, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tawas dan sebagainnya yang dilaksanakan untuk rakyat tidak menjadikan negeri itu muflis.

Bahkan kalau kita tengok, simpanan tunai di Selangor juga meningkat walaupun pelbagai program kebajikan dilaksanakan. Justeru, tidak timbul soal bangkrup,” ujarnya apabila ditemui di sini.

Tegasnya, tiga janji yang ditawarkan Pakatan, penghapusan kutipan tol, gaji minima RM1,500 sebulan dan pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tidak akan merugikan negara.

Tambahnya, kenyataan yang dibuat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini berhubung mekanisma untuk memansuhkan PTPTN juga meyakinkan rakyat bahawa ekonomi negara akan bertambah baik di masa hadapan.

“Sekiranya kerajaan berupaya membersihkan amalan rasuah dan kronisme yang diamalkan dalam pentadbiran negara, maka ekonomi dapat berkembang dengan baik, sekaligus menjadi jaminan untuk mengelakkan negara muflis,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, keadaan ekonomi negara yang merudum juga menunjukkan bahawa kerajaan sekarang kurang berdaya saing dengan negara luar sehingga mengakibatkan kos pentadbiran semakin tinggi.


“Saya tidak nampak bagaimana mereka (Umno-BN) boleh mengubah sikap mereka seperti yang dijanjikan kerana kita lihat sendiri program transformasi yang diwar-warkan juga gagal.

“Dari segi itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa mereka bukanlah pemerintah yang baik.

“Jadi, rakyat sudah cukup jelas bahawa kerajaan sekarang perlu digantikan supaya Pakatan dapat tunjukkan satu formula dan pendekatan lebih baik, murah, kompetetif untuk mengurus tadbir negara,” katanya. -selangorku 
 

 

Salih kecewa, bakal bersara dunia hiburan

 

Saleh Yaakob kecewa dan mahu bersara pasai " Bangkang dari Longkang "


KUALA LUMPUR 27 Feb. - Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang .

Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

***********************

Malas mau komen panjang panjang ..

Ha ha ha.. cukup sekadar aku mengatakan baru ada akai..

Nasi dah jadi bubur...
Sendiri buat sendiri tanggung..maaa



BATU VS KAYU

Agama merapat tali persaudaraan, kata ustazah dan paderi di Sabah

Wanita tertua di dunia, Okawa Misao, 114, menerima sijil daripada pegawai Guinness World Records di Osaka, Jepun, 28 Februari, 2013. - Gambar Reuters 

KENINGAU, 28 Feb – Pertelingkahan penggunaan perkataan “Allah” untuk merujuk kepada Tuhan masih lagi menjadi isu di Malaysia, sebuah kelurga yang terdiri daripada penganut Katolik dan Islam di Sabah menunjukkan persefahaman meskipun berbeza agama.

Ustazah Nooraidah Hidayah Dakun, 45, dan Father Francis Dakun, 44, yang dilahirkan dalam keluarga ..
Wanita tertua di dunia, Okawa Misao, 114, menerima sijil daripada pegawai Guinness World Records di Osaka, Jepun, 28 Februari, 2013. - Gambar Reuters 


Tangguh p’raya: Alasan Najib tidak munasabah

Lagi lambat pilihanraya di adakan lagi kuat bukti yang penangguhan yang begitu lama itu adalah disebabkan ketakutan UMNO dan BN menghadapi kekalahan. 

Seperti yang di sebut selalu di sini Najib merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang tidak dipilih sampai penghujung penggal pilihanraya. 

Selalunya mana-mana Perdana Menteri yang baru mengambil alih jawatan itu tidak akan sabar-sabar untuk mengadakan pilihanraya bagi mendapatkan mandat yang terus dari rakyat.

Seorang Perdana Menteri itu mahu tahu sejauh mana sokongan orang ramai dan itulah yang menyebabkan semua Perdana Menteri sebelum Najib telah memanggil pilihanraya sejurus selepas mengambil alih jawatan itu. 

Ramai orang berkata Abdullah Badawi itu lemah dan tidak ‘effective’ tetapi apa pun orang kata terhadap beliau, Abdullah telah memanggil pilihan raya selepas empat bulan mengambil alih jawatan PM itu dari pemimpin yang boleh berjalan di atas air, iaitu Dr Mahathir Mohammad.

Abdullah telah mendapatkan ‘endorsement’ dari rakyat dan beliau telah mendapat mandat yag begitu besar, iaitu kedua terbesar selepas pilihanraya tahun 1955 dahulu. Dalam pilihanraya 1955 itu hanya seorang wakil Perikatan yang kalah iaitu Sulaiman Palestin di Pulau Pinang Selatan. 

Tetapi sehebat-hebat Najib seperti yang diwar-warkan oleh UMNO pada hari ini, hendak memanggil pilihanraya pun takut dan tidak berani menghadapi risiko politiknya.

Tangguh p’raya: Alasan Najib tidak munasabah

Beberapa hari yang lepas Najib memberitahu kita yang beliau sengaja menangguhkan pilihanraya ini kerana hendak menunggu hasil Program Transformasi Ekonomi (PTE) yang telah beliau lancarkan itu. 

Kalau begitulah alasan beliau maka pilihanraya mungkin tidak di adakan dalam tempoh empat atau lima tahun lagi kerana apa-apa program kerajaan yang baru itu akan hanya mendatangkan hasil, jika ada, selepas tempoh yang panjang.

Mengikut perlembagaan tempoh tamat penggal ini ialah 28hb April nanti. Tidak mungkin hasil transformasi ekonomi beliau itu akan kita dapati dalam masa sesingkat itu. 

Alasan itu amat dangkal sekali dan tidak boleh diterima akal walau pun kepada mereka yang buta huruf. Najib lupa yang seorang insan itu mempunyai mata hati yang amat mudah untuk melihat siapa yang berbohong dan siapa yang di bohongi.

Apa yang diperkatakan Najib itu tidak siapa yang akan mempercayainya. Hanya kepada yang mahukan beliau berbohong sahaja yang akan memberikan anggukan kepada kenyataan Najib itu. 

Isu sebenarnya ialah isu ketidakyakinan beliau terhadap sokongan ramai terhadap UMNO itu dan juga masalah yang mungkin beliau hadapi di dalam UMNO itu sendiri.

Kemenangan besar adalah wajib bagi Najib perolehi tetapi harapan itu tidak akan menjadi kenyataan kerana ramai rakyat telah membuat ketetapan di hati masing-masing untuk meninggalkan UMNO dalam pilihanraya ini dengan memberikan undi kepada pihak pembangkang. 

Saya selalu bercakap dan ramai lagi manusia telah menunjukkan apa yang bakal dihadapi oleh Najib jika beliau tidak dapat memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya nanti. 

Bagaimana Najib hendak mendapatkan kemenangan besar sedangkan untuk mendapatkan sedikit lagi sokongan untuk mendapat kemenangan kecil pun tidak akan dapat beliau perolehi.

Bagi saya Pakatan Rakyat hanya perlu untuk menjaga dan mengawal keadaan yang sedang memihak kepada mereka. Pakatan Rakyat tidak boleh melakukan sedikit kesilapan dalam tindakan mereka menghadapi pilihanraya ini. 

Pakatan perlu ingat yang mempertahankan sokongan rakyat terhadap mereka sekarang lebih payah dari mendapatkannya. Mana-mana parti dalam PR jangan sekali melakukan kesilapan. 

Pakatan tidak boleh melakukan kesilapan yang disengajakan atau pun kesilapan yang tidak disengajakan.

Alasan Najib yang mengatakan penangguhan pilihanraya ini disebabkan untuk menunggu hasil PTE beliau itu adalah bukti kukuh yang Najib tidak berkeyakinan untuk memenangkan BN dalam pilihanraya ini. 

Najib sedang berperang untuk mempertahankan kewibawaan palsu beliau di mata rakyat. PI Balasubramaniam telah kembali untuk membantu apa yang sedang dilakukan oleh Deepak dan lain-lain yang menuduh Najib dengan berbagai-bagai isu yang ganas itu. Isu terhadap Najib datang bertimpa-timpa.

Tetapi isu yang bakal dihadapi oleh lain-lain pemimpin dalam UMNO tidak kurang ganasnya. Jika Muhyiddin mengambil alih sekali pun isu terhadap beliau pun bukannya kecil. Begitu juga isu terhadap lain-lain pimpinan kanan UMNO sekarang ini. 

Mereka terlalu kaya dengan isu-isu negatif dan tidak siapa pun di kalangan pimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi parti itu tidak mempunyai isu yang tidak mempunyai moral untuk mentadbir negara. 

Mereka, seperti yang saya selalu katakan itu, adalah dari acuan yang sama.

Pendeknya formula yang paling baik untuk menyelamatkan negara dan kerajaan kita ialah untuk melakukan perubahan dan kita tinggalkan pentadbiran dan politik yang tersangat menghimpit pemikiran rakyat yang dahagakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab seperti UMNO ini.

Jika benar Najib seorang yang bertanggungjawab beliau tidak akan melakukan apa yang sedang beliau lakukan hari ini. Inilah dia hasil dari didikan kepada petualang politik negara khususnya orang Melayu Dr Mahathir Mohammad. 

Kata perpatah, ‘keruh air di hulu maka keruh di hilir’. Kekeruhan politik negara bermula dari permainan politik Mahathir selama 22 tahun dan budaya politik kini masih dipengaruhi oleh isu Dr Mahathir.

UMNO tidak akan kekal sebagai UMNO parti orang Melayu tetapi ia akan terus menjadi parti untuk segelintiran Melayu yang tamak kuasa dan mempunyai mentaliti ‘migrant’ yang tidak akan dapat ditanggalkan dari imej ini buat selama-lamanya.

Kita tidak tahu bagaimana lagi UMNO hendak menyelamatkan diri mereka untuk masih menjadi parti yang relevan untuk rakyat yang terlalu dahagakan pimpinan yang telus dan jujur untuk menempa hari muka yang mencabar.

- http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Protes: Rosmah Mansor ‘diserang’ siswi UKM - Maluuuuuu

 
BANGI- Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.

Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.

Protes: Rosmah Mansor ‘diserang’ siswi UKM

Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.

Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.

“Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. 

Ini baru permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.



-Harakahdaily