Followers

Thursday, February 28, 2013

[BERGAMBAR] Sahih - Jejambat Dekat Tol Putrajaya/Cyberjaya Runtuh


Satu jejambat di kawasan dekat Taman Sains Selangor, Cyberjaya runtuh dalam satu kejadian petang ini.

Beberapa gambar yang menunjukkan jejambat yang runtuh merentasi satu jalan yang sedang dibina hari ini dikesan tersebar di laman Facebook dan Twitter.

Tulisan di Twitter menyebut, tiada individu yang cedera akibat kejadian tersebut memandangkan jalan itu ditutup kepada pengguna.

Balai polis Cyberjaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian runtuhan jejambat tersebut, namun pegawai berkenaan berkata kawasan berkenaan berada bawah bidang kuasa balai polis Putra Perdana, yang tidak dapat dihubungi.

Seorang pegawai polis di ibu pejabat daerah Sepang memberitahu Malaysiakini, mereka tidak mempunyai maklumat buat masa ini.

"Pegawai kami sudah berada di sana namun kami masih belum mendapat sebarang maklumat," katanya. -mk








Ulasan GB


Hairan ya, jejambat konkrit tiba-tba runtuh tanpa ada ribut taufan melanda....

Demikian kuasa Ilahi.

Justeru tidak hairan juga kerajaan BN yang dikatakan kukuh di Putrajaya juga boleh runtuh jika Dia mengkehendakinya.

Justeru itu jangan takbur! 







Photo: SEBAB JAMBATAN RUNTUH DIPUTRAJAYA SUDAH DIKENAL PASTI - ANAK GAJAH BERSENAM DIATAS JAMBATAN ???
SEBAB JEJAMBAT YANG RUNTUH DIPUTRAJAYA SUDAH DIKENAL PASTI - 
ADA ANAK GAJAH YANG BERSENAM DIATAS JEJAMBAT TERSEBUT ??
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.