Kenyataan Media MKN bertarikh 18 Dise bertajuk "Perkembangan Terkini
Status Bencana Banjir Seluruh Negara dan Persiapan Kerajaan Dalam
Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013|2014" ada lah dirujuk.
Disini saya ingin mengalu-alukan pemakluman berkenaan kemungkinan
berlakunya Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013 beserta dengan
langkah-langkah menghadapi situasi ini yg telah di gariskan oleh
Setiausaha MKN Datuk Mohammad Thajudeen Bin Abdul Wahab.
Alangkah baiknya sekiranya MKN telah berbuat demikian sewaktu Gelombang Pertama dahulu.
Oleh kerana banjir Gelombang Pertama merupakan sesuatu yang luarbiasa,
juga tanpa amaran menyeluruh yang dikeluarkan oleh MKN, didapati keadaan
amat gawat pada awal pagi 4 Disember apabila didapati ribuan mangsa
telah berpindah ke Pusat -Pusat Pemindahan Banjir di Kuantan.
Didalam keadaan yang sungguh gawat ketika itu, saya berasa amat kesal
kerana MKN lambat bertindak dan lambat pula mengambil langkah-langkah
korektif daripada pengurusan banjir secara biasa kepada pengurusan
banjir secara luar biasa.
Saya juga berharap semoga MKN telah belajar melalui kesilapan mereka
didalam menghadapi Gelombang Pertama Banjir 2013 dan telah juga
mengambil langkah penambahbaikkan di dalam Prosedur Pengurusan di
Pusat-Pusat Pemindahan Banjir.
Di antaranya ialah supaya MKN melantik pihak yang terlatih dan tidak
terlibat dengan banjir untuk mengurus Pusat Pemindahan Banjir. Di dalam
keadaan JKKK - Jawatankuasa Kebajikan dan Kemajuan Kampung
bertanggungjawab mengurus Pusat-Pusat Permindahan, disini lah kita lihat
kelemahan -kelemahan didalam pengurusan Pusat Pemindahan dan justeru
itu kelemahan didalam menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir.
Diantaranya:
1) Mereka sendiri (JKKK) merupakan mangsa-mangsa banjir sebab mereka pun
dari kawasan setempat. Maka lambat lah mereka dapat mendaftar diri
untuk menjalankan tugas. Mereka juga perlu selamatkan diri, keluarga dan
harta benda. Saya kira mereka patut di bebaskan dari beban mengurus
Pusat Pemindahan.
2) Adalah diiktiraf bahawa mereka(JKKK) punyai pengalaman uruskan mangsa
banjir yang biasa berlaku tiap tahun dimana mangsa banjir di Pusat
Pemindahan berjumlah paling ramai 500 orang rata2. Namun mereka sama
sekali tidak punyai kepakaran pentadbiran mahupun kemampuan mengurus
Pusat Permindahan dimana terdapat 3000 sehingga 5000 mangsa banjir
seperti yang berlaku sewaktu Gelombang Pertama baru-baru ini. Sebab itu
lah kita dapati banyak aduan mangsa yang kelaparan didalam keadaan
makanan bertimbun-timbun. Antara alasan yang di berikan JKKK ialah
peralatan tidak mencukupi. Pada saya itu ialah isu pentadbiran yang
seharusnya boleh di atasi namun gagal diatasi oleh pihak pengurusan
Pusat Pemindahan iaitu pihak JKKK.
3) Begitu juga apabila mangsa terpaksa tidur diatas lantai simen selama 3
atau 4 malam kerana kekurangan alas tikar dan selimut. Saya yakin ianya
sesuatu yang boleh dielakkan sekiranya pengurusan Pusat Pemindahan
Banjir diurus dengan cara lebih profesional.
4) Makanan yang diperlukan diawal mangsa dipindahkan ialah makanan
segera dimakan seperti roti. Apa yang dilihat berlaku ialah terdapat
beras bertimbun dan sardin dalam tin didalam keadaan tiada siapa yang
bersedia untuk memasak.
5) Melantik pihak profesional untuk mengurus Pusat Pemindahan Banjir
juga boleh mengelak daripada keadaan pilih kasih berlaku. Oleh kerana
JKKK adalah merupakan dari kampung yang terlibat mereka dikenali oleh
semua warga di Pusat Pemindahan.
Aduan pilih kasih dan pemberian kepada kroni, samada benar atau tidak
boleh di elakkan.Kita harus akur bahawa keadaan mangsa banjir yang
menyabung nyawa meninggalkan rumah mereka dalam air yang deras.
Kemudian pula dalam keadaan kesejukan tiada makanan dan tiada pakaian
gantian dan juga tiada selimut, telah melalui keadaan trauma yang amat
tinggi. Wajarlah kebajikan mereka diuruskan oleh pihak yang tidak
terlibat dengan banjir yang tentu sekali boleh memaparkan tahap
pengurusan yang lebih profesional.
Akhir kata saya ingin menyeru supaya MKN sendiri bersifat lebih
profesional didalam menangani insiden banjir Gelombang Kedua ini
sekiranya berlaku (doa dijauhkan Allah).
Juga diharap tidak sekali-kali di politikkan isu ini seperti dalam
jawapan Setiausaha MKN kepada surat terbuka Nur Adilla Abdul
Rahim.Bencana Banjir Besar seperti ini tidak diingini oleh sesiapa.
Akan tetapi Allah SWT sahaja yang tahu akan hikmahnya. Dan sama-sama lah
kita bantu membantu diantara satu sama lain tanpa mengira sempadan
politik.
Ahli Parlimen Kuantan
Naib Presiden KEADILAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.