Followers

Friday, December 20, 2013

Kenyataan Bodoh Dari Pencacai UMNO......

BN Menang, Ikut suka dialah nak naikkan harga barang kata Ibrahim Ali


Datuk Ibrahim Ali  mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) berhak menaikkan harga barang kerana mereka memenangi pilihan raya umum lalu dan prestasi mereka sedang dinilai rakyat. 

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, rakyat mempunyai kuasa melalui pilihan raya dan Pilihan Raya Umum ke-14 bukan satu tempoh yang lama.

"Pilihan raya umum akan diadakan setiap lima tahun sekali. Kenapa nak pergi ke jalanan? Mereka telah menerima mandat. Terpulang kepada mereka.



"Berhimpun di jalanan tak hormat proses demokrasi. Jika perkara ini berterusan, kita tak akan berhenti pilih kerajaan. 

BN akan buat sesuatu bagi menjaga hati rakyat," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat menggunakan isu kenaikan harga barang sebagai mengukuhkan kuasa politik bagi menguatkan sokongan mereka bagi menuju Putrajaya ~  



The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.