KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan tiga
hari bermula 8 April depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100
juta yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Kes saman itu berhubung kenyataan menteri berkenaan dalam satu sidang akhbar di Washington empat tahun lalu.
Hakim Siti Khadijah S.Hassan Badjenid menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu peguam Syed Ismat Syed Muhamad yang mewakili Anifah, dan peguam Masturina Mohamad Rodzi yang mewakili Anwar.
Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan selepas Mahkamah Rayuan pada 25 Jan lepas memerintahkan kes berkenaan dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Anwar bagi menghidupkan semula saman sivil beliau terhadap Anifah atas kapasiti peribadi menteri itu.
Pada 6 Jan 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan untuk membatalkan saman berhubung kenyataan yang dibuat menteri itu pada Mei 2009 semasa sidang akhbar di Jabatan Negara di Washington.
Pada 27 Mei 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasiti peribadi dan rasmi beliau dan kerajaan Malaysia atas dakwaan menteri itu memfitnahnya dalam sidang akhbar Anifah bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton.
Beliau mendakwa kenyataan Anifah tidak berasas dan telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing. - Sinar Harian

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.