Mesyuarat
Agung Seniman ke-14 yang telah diadakan pada 25 Mei 2012 adalah tidak
sah dan terbatal. Ia diputuskan Mahkamah Tinggi hari ini.
Inplikasinya Zed Zaidi bukan lagi Presiden persatuan itu.
Menurut laporan berita, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop mengarahkan
AGM diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang
akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).
Saman tersebut difailkan pada 25 Januari lalu, plaintif iaitu Abu
Bakar Omar, Sahlak Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang),
Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sonny Abdullah)
menamakan Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar
Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir sebagai defendan pertama
hingga empat.
Zed, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan
Zaharudin Wahab (Den Wahab) turut disenaraikan sebagai defendan kelima
hingga kelapan.
Mahkamah turut memerintah agar kos perbicaraan RM 60,000 dibayar
kepada SENIMAN dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga hingga
kelapan. Semua defendan juga perlu membayar kos ganti rugi khas RM
56,000 kepada plaintif.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Zed memaklumkan yang dia tidak tahu menahu mengenai keputusan tersebut.
http://www.ekeleh.com/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.