Pelbagai
reaksi diberikan orang ramai apabila sebut nama Presiden Perkasa, Datuk
Ibrahim Ali di hadapan mereka. Ada yang ketawa, ada yang marah, ada
yang benci dan ada yang meluat.
Ibrahim Ali adalah seperti
resipi ikan goreng empat perisa yang tidak menjadi kerana terlebih pedas
atau garam. Yang pasti, ramai di Sabah yang tidak gembira atau senang
hati tiap kali berbicara mengenainya.
Penangan Presiden Perkasa ini
sememangnya menjadi satu ‘fenomena’ di Sabah, mungkin lebih kepada
fenomena negatif kerana ia mencabar keamanan dan perpaduan penduduk
berbilang kaum di negeri ini dengan membawa elemen perkauman yang
ekstrem.
Setiap hari buka saja Facebook,
mukanya pasti ada ‘menghiasi wall’ dan paling menarik wajah dan setiap
kata-katanya dikarikaturkan dalam pelbagai rupa.
Paling banyak wajahnya disamakan
dengan katak siap dengan kapsyen “adakah mulut kita berbeza”, merujuk
kepada gambar seekor katak dengan mulutnya ternganga luas.Suara katak
sumbang, sumbang jugalah mesej yang dibawa oleh Ibrahim.
Terbaru, dengan berita Presiden
Perkasa ini mahu datang ke Sabah, pereka grafik melukis beliau disepak
dan dan digigit oleh peta negeri Sabah yang dilukis wajah seperti anjing
dengan kapsyen ‘kau tidak dialu-alukan di sini”.Lukisan itu memang
melucukan, satirikal dan sinis.
Ada gambarnya yang diedit
menjadi wajah dinosar dengan kapsyen “…me eat Bibles”. Ia merujuk kepada
kenyataannya dulu yang mahu membakar alKitab penganut Kristian sebagai
tindak balasnya terhadap kedegilan orang bukan Islam yang mahu
menggunakaan perkataan Allah dalam penerbitan, termasuk dalam Bible.
Ibrahim Ali sepatutnya
berkunjung ke Kota Kinabalu pada 23 November ini untuk acara Perkasa
cawangan Sabah. Namun ramai pihak sudah menyuarakan bantahan beliau
menjejakkan kaki di negeri ini.
Beliau juga dilaporkan mahu
datang ke Sarawak tetapi sudah dibantah awal-awal oleh Ketua Menteri
Sarawak sendiri.Pentadbiran Tan Sri Taib Mahmud tidak mahu Perkasa
berada di Sarawak.
Seorang menteri negeri yang juga
ahli Pesaka Bumiputera Bersatu itu (PBB) berkata, mereka tidak senang
dengan niat Perkasa yang mahu datang di bumi kenyalang untuk mendapatkan
sokongan terhadap agendanya.
Perkasa sebelum ini mendedahkan
ia ada 45,000 ahli di Sabah dan mendakwa organisasi itu “bukan rasis”
tetapi mahu menjaga hak-hak Bumiputera.
Pembantu Menteri Pembangunan
Belia Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah tidak yakin dan berkata,
kumpulan itu bersifat radikal dan tidak mempunyai tempat dalam
masyarakat Sarawak.
“Perkasa tidak dialu-alukan di
Sarawak. Ini juga terpakai kepada pertubuhan-pertubuhan lain yang
menggalakkan pandangan Perkasa. Kita tidak mahu menjadi satu lagi
Yugoslavia,” katanya merujuk kepada perpecahan di negara barat iu akibat
isu bangsa dan agama.
Abdul Karim berkata, Perkasa
perlu tahu bahawa pandangan ekstrim mereka tidak didokong oleh pelbagai
kaum Malaysia yang masih percaya kepada sikap bertoleransi.
Netizen Facebook tidak mahu ketinggalan dalam membantah lawatan Ibrahim di Sabah dan Sarawak.
Kumpulan yang menggelar diri
mereka sebagai Gabungan Bomoh Se-Borneo menghantar gambar hitam putih
gambar alat-alat untuk membomoh dengan kapsyen “kiram sudah kena…mungkin
lepas ni …yang baik terhadap kita, kita balas dengan jutaan kebaikan,
yang jahat kita hadiahkan ‘sepiring’ mantera…”.
Penduduk Sabah dan Sarawak
bersatu dalam hal berkaitan dengan Ibrahim Ali. Mereka bimbang perpaduan
dan tolak ansur yang tinggi di kalangan pelbagai kaum di Borneo ini
akan terjejas jika membenarkan Ibrahim menyembur racun perkauman dan
menghina pegangan agama bukan Islam dengan sesuka hati.
Bantahan terus diterima. Ibrahim
dianggap sebagai ‘Bapa segala perkauman” yang amat dibenci oleh rakyat
Sabah dan Sarawak kerana pandangannya lebih memperjuangkan kaum Melayu
dan memandang rendah kaum lain.
Pengerusi Angkatan Perubahan
Sabah (APS) Keningau, Paul Kadau menggesa Ketua Menteri Datuk Seri Musa
Aman menggunakan kuasa eksekutifnya menghalang kedatangan Presiden
Perkasa itu di negeri ini.
Sikap kurang sensitif Ibrahim
ketika membangkitkan isu kalimah ‘Allah’ dan tidak setuju penggunaan
kalimah itu digunakan dalam alkitab menjadi sebab kenapa beliau harus
diharamkan datang ke Sabah, katanya.
“Kami tidak mahu beliau datang
ke Sabah dan mengajar anak-anak kami dengan budaya benci membenci,
Ibrahim lantang bersuara tanpa menghormati sensiviti agama dan budaya
rakyat lain.
“Musa Aman sila senarai hitamkan
Ibrahim Ali daripada masuk ke Sabah kerana beliau pencetus kerosakan
perpaduan rakyat,Jangan biarkan orang ini membangkitkan isu perkauman di
Borneo,” demikian rungutan ramai orang.
Ketua Menteri Sabah Datuk Musa
Aman pernah menggunakan kuasanya menghalang Naib Presiden Parti Keadilan
Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar daripada menghadiri sambutan Pesta
Kaamatan di Penampang pada Mei lalu, maka ramai mengharapkan beliau
melakukan perkara yang sama demi kebaikan penduduk negeri ini.
Sementara itu di Sidang Dewan
Undangan Negeri di sini semalam, Adun Sri Tanjung, Chan Foong Hin,
menggesa Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
bertindak menghalang kemasukan Presiden pelampau Perkasa, Ibrahim Ali ke
Sabah.
Beliau berkata, sebagai Huguan
Siou (pemimpin agung) kaum daripada Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah,
beliau sepatutnya lebih banyak bersuara menghalang Ibrahim daripada
memasuki Sabah.
“Kita semua tahu yang ini adalah
Ibrahim Ali. Beliau adalah seorang pelampau yang akan menyebabkan
keharmonian dan gangguan awam (dengan kenyataan dan tindakan beliau).
Oleh itu, Pairin sebagai
pemimpin tertinggi orang KDM, perlu memastikan bahawa Ibrahim tidak
menjejakkan kaki di Sabah,” katanya.Kegagalan berbuat demikian akan
menggambarkan pemimpin di negeri ini bersekongkol dan setuju dengan
ideologi negatif yang dibawa Ibrahim, katanya. ~fmt
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.