Jati isytihar perang terhadap Comango, kata Hasan Ali (kiri).
Jati
isytihar perang terhadap Comango, kata
Hasan Ali (kiri). Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16
November, 2013.
Badan bukan kerajaan Jalur Tiga (Jati) mengisytiharkan
perang kepada Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (Comango)
kerana percubaan mereka menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk
golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) dan
memperjuangkan kebebasan untuk murtad di atas nama hak asasi manusia.
Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali berkata Comango bersikap “kurang ajar” apabila cuba untuk meminda Undang-undang Syariah negara ini yang merupakan salah satu komponen Islam.
“Sudah jelas tuntutan Comango merupakan satu tindakan jenayah dan khianat kepada negara. Sebab itu kita harus isytihar perang kepada mereka. Malaysia tidak perlu ‘pejuang’ seperti mereka,” kata Hasan.
Katanya Jati akan akan memberikan penjelasan kepada orang ramai dengan bantuan majlis agama dan NGO lain tentang bahaya tuntutan Comango.
“Tuntutan mereka bukan sahaja ditujukan kepada orang-orang Islam dan Melayu akan tetapi ia juga bakal mengubah kehidupan 28 juta rakyat Malaysia,” kata Hasan dan menambah sudah terdapat tanda perpecahan dalam negara.
Hasan turut menggesa orang ramai melawan Comango dan pada masa sama, bertanya sendiri pada diri mereka jika isu itu selari dengan Perlembagaan Persekutuan, enakmen negeri dan visi pendiri-pendiri negara.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bulan lalu turut mempersoalkan tuntutan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (Comango) di dalam proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang membuat aduan terhadap kerajaan Malaysia di Geneva atas nama hak asasi manusia.
Jakim melalui khutbah Jumaat mereka mengingatkan hadirin pada 24 Oktober, Malaysia akan dinilai dalam UPR di Majlis Hak Asasi Manusia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Berdasarkan daripada maklumat yang diterima terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada majlis tersebut oleh Comango jelas akan menggugat kedaulatan Islam di negara ini.
"Di antaranya ialah tuntutan hak kebebasan beragama, pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, bisexual, transgender, intersex, queerperson (LGBTIQ), mempertikaikan peruntukan tertentu dalam Undang-Undang Keluarga Islam yang didakwa mendiskriminasi wanita Islam, dakwaan diskriminasi terhadap pengikut Syiah, bantahan pengharaman bahan-bahan penerbitan yang menyalahi hukum Syarak dan lain-lain.
“Persoalan yang timbul di sini apakah tujuan gabungan NGO tersebut membuat pelbagai aduan dan tuntutan sedemikian di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva?” soal Jakim melalui khutbah bertajuk Menangani Konsep Kebebasan. – 16 November, 2013.
The Malaysian Insider.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.