Sokongan pengundi Cina kekal dengan Pakatan Rakyat, kata Hu Pang Chaw.
Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 11 November, 2013.
Sokongan pengundi Cina kekal dengan Pakatan Rakyat, kata Hu Pang Chaw. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 11 November, 2013.MCA didakwa menipu ketika mengumumkan pengundi Cina kembali kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kerana sokongan pengundi Cina kekal dengan Pakatan Rakyat.
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw, berkata sokongan Cina kepada PAS serta Pakatan Rakyat dan BN kira-kira sama banyak sahaja semasa pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.
"Saya boleh katakan, 50 peratus pengundi Cina sokong calon PAS dan 50 peratus lagi sokong BN dalam pilihan raya kecil itu," katanya yang turut berada di Sungai Limau untuk membantu calon PAS.
Menjelang PRK Sungai Limau, pemimpin MCA berkata hanya 10 peratus sahaja pengundi Cina menyokong BN dalam pilihan raya umum lalu di Sungai Limau.
Dalam PRK Sungai Limau pula, undi Cina kepada BN dikatakan meningkat kepada 70 peratus.
"MCA bohong. Mereka hanya mahu wujud persepsi sahaja. Mereka sengaja beri angka kecil semasa pilihann raya umum untuk tunjukkan Cina sudah beralih kepada BN dalam PRK," katanya.
Hu, 58, adalah penyokong PAS daripada masyarakat Cina Kelantan yang berasal dari Kedah dan mengetuai badan bukan Islam dalam PAS.
Beliau berkata, peningkatan undi BN sebanyak 10 peratus berbanding pilihan raya umum lalu kerana pengundi muda Cina yang berada di luar Sungai Limau tidak pulang mengundi kali ini.
"Sungai Limau boleh dikatakan kampung orang Cina tua sahaja kerana kebanyakan anak muda mereka berada dan bekerja di luar Sungai Limau.
"Semasa PRK baru-baru ini mereka tidak pulang kerana ia diadakan pada hari bekerja iatu Isnin," katanya kepada The Malaysian Insider.
Katanya, 60 peratus pengundi Cina menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu tetapi peratus untuk PAS dan BN menjadi 50 peratus masing-masing kerana sebahagian daripada pengundi Cina tidak pulang ke Sungai Limau membuang undi.
"Masyarakat Cina di Kedah tetap memberikan undi kepada Pakatan Rakayt dalam pilihan raya umum lalu. PAS kalah di Baling dan Sik iaitu di kawasan hampir 100 peratus Melayu tetapi calon Pakatan di Alor Setar dan Sungai Petani yang banyak kaum Cina, ramai calo menang," katanya.
Beliau berkata, MCA dan Umno berusaha keras untuk memujuk orang Cina di Sungai Limau mengundi mereka dalam pilihan raya itu termasuk mengumumkan bakal exco MCA dalam Exco kerajaan negeri Kedah.
Bagaimanapun, katanya, pengumuman Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir itu tidak menarik minat orang Cina, malah persatuan Cina Kedah juga memandang sepi pengumuman itu.
"Orang Cina lebih berdikari dan bebas. Mereka tidak kisah sangat dengan pengumuman itu kerana mereka bukan bergantung kepada kerajaan untuk hidup," katanya.
Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, berkata BN perlu beri dua kerusi Exco kepada MCA termasuk kouta Gerakan sebelum ini kerana hanya calon MCA yang menang di Kedah.
Dalam PRK Sungai Limau, calon PAS Mohd Azam Abdul Samat menang dengan majoriti 1,084 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.
Pilinan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Adunnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada September lalu. – 11 November, 2013.
The Malaysian Insider.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.