Followers

Monday, November 11, 2013

Shahidan pertahan bil utiliti PM paling rendah di dunia - Oleh Md Izwan

Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan bil utiliti di kompleks kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana paling rendah di dunia, berdasarkan pemerhatian yang dilakukannya tetapi tidak dinyatakan secara spesifik.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini mendedahkan jumlah bil utiliti di kompleks kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Seri Perdana mencecah lebih RM2.5 juta pada 2012.

"Mengenai bil utiliti di kompleks PM, saya boleh katakan ia paling rendah di dunia, berdasarkan pemerhatian saya.

"Ini kerana sistem berjimat-cermat paling terbaik diamalkan di pejabat Perdana Menteri," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Shahidan juga membidas MP Gelang Patah, Lim Kit Siang kerana mempertikaikan jumlah bil utiliti tersebut kerana kononnya paling mahal tetapi tidak memberikan fakta mengenai negara yang dijadikan perbandingannya.

Daripada RM2.5 juta tersebut, sebanyak RM2,237788.13 adalah untuk pembayaran bil elektrik dan baki RM311, 174.25 untuk bil air.

Sementara itu, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Seri Satria pula menelan perbelanjaan sehingga RM964,772.59 dengan sejumlah RM865,458.56 untuk bil elektrik dan RM99,264.03 untuk bil air bagi 2012.

Shahidan sebelum ini berkata, kompleks kediaman berkenaan dilengkapi dengan kemudahan pejabat, bilik mesyuarat dan beberapa kemudahan untuk melancarkan urusan harian Perdana Menteri. - 11 November 2013.

The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.