Sudah
sekian lama sejak hakim kanan mengingatkan secara terbuka kepada rakan
hakim berkenaan sumpah yang dilakukan mereka, mempertahankan
Perlembagaan - dan mereka tidak seharusnya dibuli kerajaan dan Parlimen.
Inilah yang berlaku apabila hakim menulis pendapatnya berkenaan rayuan
bertaraf tinggi terhadap pendakwaan beberapa aktivis mahasiswa kerana
berhimpun secara haram pada 6 Jun 2001.
Ini kali pertama dalam sejarah kehakiman Malaysia - Datuk Dr Hamid
Sultan Abu Backer - mengatakan keperluan untuk permit mengadakan
perhimpunan aman di bawah Akta Polis 1967 bercanggah dengan
Perlembagaan.
Hamid berkata, dalam kes ini terdapat keperluan di bawah Seksyen 27
Akta Polis untuk mendapatkan permit namun dalam proses itu polis enggan
memberikan permit.
Lima bekas pelajar universiti ditahan atas kesalahan melakukan
perhimpunan haram dan didenda RM3,900 setiap seorang, empat tahun
kemudian.
Keputusan itu dicabar enam tahun kemudian di Mahkamah Tinggi tetapi gagal.
Mereka kemudiannya membawa ke Mahkamah Rayuan. Minggu lalu, dua daripada tiga hakim mengekalkan keputusan berkenaan.
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohamad Apandi Ali dan Datuk Linton
Albert menjadi majoriti. Apandi dalam keputusan 50 muka suratnya berkata
tiada merit kepada rayuan kerana Akta Polis tidak membenarkan hak
perhimpunan aman dan polis bertanggungjawab mengekalkan keamanan.
Namun Hamid menolak, membuatkan peguam Edmund Bon melihat keputusan
hakim sebagai "sagu hati" dengan kenyataan keputusan yang tegas.
"Diharapkan peguam perundangan akan meneruskan perkara ini kepada
Mahkamah Persekutuan," kata Bon di mahkamah selepas keputusan itu.
Hamid berkata, adalah salah mempercayai hakim hilang kuasa mereka, ekoran kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1988.
Beliau berkata,mana-mana kuasa mutlak terletak pada pihak eksekutif,
yang mana boleh berkompromi dengan jaminan asas Perlembagaan, mesti
ditewaskan oleh mahkamah.
"Bukan kuasa hakim mengatakan kuasa pejabatnya ditarik Parlimen kecuali mahkamah tidak mempunyai kuasa kehakiman," katanya.
Beliau berkata, kehakiman yang menurut perintah tidak seharusnya kekal
sebagai penahan kebebasan dan mengakibatkan tiada kuasa undang-undang.
Kuasa kehakiman diterima sejak pembentukan Perlembagaan dan tidak boleh
dibuang. Hamid menjelaskan menjadi tanggungjawab orang ramai memulakan
langkah menghalang kehakiman menurut arahan untuk memastikan kehakiman
bebas mempertahankan Perlembagaan.
"Kehakiman yang menurut arahan akan secara tidak langsung membentuk
ketidakstabilan dan mengancam keharmonian serta keselamatan," katanya
dalam keputusan 77 muka surat.
Hamid turut menyuarakan alasan pandangan yang mengatakan kuasa
kehakiman dibuang oleh Parlimen "berdasarkan emosi dan salah tafsir
Perlembagaan."
Beliau berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku, terutama apabila
sumpah hakim adalah menjaga, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan.
Hamid menambah sebarang usaha menyingkirkan kuasa kehakiman adalah bercanggah dengan asas Perlembagaan.
"Asas struktur perundangan turut tidak membenarkan Parlimen menolak
doktrin pemisahan kuasa antara kehakiman, eksekutif, dan pembuat dasar.
Selain itu, Parlimen katanya, tidak boleh memaksa mahkamah menjadi hamba kepada eksekutif. - 13 September, 2013.
The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.