Followers

Friday, September 13, 2013

Tahniah Rakyat Sabah.. inilah hadiah untuk anda selepas PRU13..!! Harga rumah di Sabah naik

Photo: Friday, September 13, 2013
Tahniah Rakyat Sabah.. inilah hadiah untuk anda selepas PRU13..!!
Harga rumah di Sabah naik
13 September 2013

Harga rumah di Sabah naik  
Harga hartanah di Sabah dijangka meningkat dalam tempoh beberapa bulan lagi selepas kenaikan caj pengangkutan oleh pengusaha pengangkutan di Sabah beberapa hari lalu.

PERSATUAN Pemaju Hartanah Perumahan Sabah (Shareda) dan Majlis Tindakan Pengguna Labuan (LCAC) menjangkakan peningkatan sedikit harga rumah dan hartanah tahun depan memandangkan kenaikan harga bahan api baru-baru ini.

Presiden Shareda, Francis Goh berkata, peningkatan itu terutamanya disebabkan caj pengangkutan 15 peratus seperti dicadangkan oleh pengusaha pengangkutan di Sabah beberapa hari lalu.

“Sudah pasti akan ada peningkatan sedikit harga hartanah dalam tempoh beberapa bulan akan datang atau mungkin tahun depan kerana pemilik kenderaan mungkin perlu belanja tambahan RM100 hingga RM200 bagi bahan api, tetapi kami tidak dapat nyatakan buat masa sekarang berapa peratus harga hartanah dijangka naik,” katanya, semalam.
Beliau berkata, peningkatan itu hanya bagi hartanah baru dilancarkan tetapi bagi yang dalam pembinaan ia tertakluk kepada harga ditetapkan di bawah perjanjian jual dan beli yang telah ditandatangani.

“Kami tidak boleh naikkan harga hartanah sesuka hati disebabkan peningkatan kos bahan binaan kerana kami perlu mematuhi peraturan dan akta perumahan,” katanya.

Pengguna di Labuan dijangka merasai kesan lebih besar kerana pengangkutan bahan binaan dari Sabah akan menambah kepada kos.

Pengerusi LCAC, Fauziah Mohd Din pula berkata, kenaikan harga bahan api akan menjadikan harga hartanah tinggi dalam enam bulan.

“Pengguna telah pun dibebankan dengan harga barangan yang naik lima hingga 30 peratus dan tidak lama lagi kami akan berdepan dengan kenaikan harga hartanah. Kami telah pun merasai kenaikan kos hidup di sini,” katanya.

Menurutnya, harga hartanah Labuan antara tertinggi di negara ini disebabkan tanah yang terhad. - Bernama

KedahLanie.info.Harga rumah di Sabah naik 
 
KedahLanie.info.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.