Sesebuah negara itu memerlukan
perubahan setiap waktu kerana dunia ini berubah setiap waktu.
Tidak mungkin
keadaan sesebuah negara itu statik tanpa berlaku perubahan. Kenapa dan mengapa
ia sentiasa melalui perubahan itu merupakan soalan yang susah untuk mendapat
jawapan melainkan seseorang itu mampu untuk belajar terus-terusan dan
menjadikan alam ini sebagai guru.
Negara kita sendiri melalui
proses perubahan ini dan ia tidak terlepas dari perubahan yang datang secara
‘natural’ itu. Dunia ini sendiri berubah mengikut masa dan waktunya. Rupa
bentuk bumi ini pun berubah selepas berlakunya evolusi ‘ice age’ dahulu.
Perubahan itu telah merubah bentuk dunia ini dan perubahan fisikal itu juga
telah juga membawa perubahan kepada persempadanan sesebuah negara dan membentuk
benua-benua yang berbeza keadaan dan juga membina perbezaan bangsa dan budaya
nilai manusia yang berbagai-bagai.
Secara ‘natural’ bumi ini lebih
bijak melakukan perubahannya, malahan bumi ini lebih bijak dibandingkan dengan
pemikiran keseluruhan manusia jika dicampurkan semua sekali. Bumi ini sendiri
adalah objek yang hidup dan ia juga melalui proses perubahan walaupun secara
evolusi.
Negara kita sebagai satu unit yang sangat kecil jika dibandingkan dengan
dunia dan alam ini pun turut berubah.
Semua makhluk itu berubah kerana makhluk itu adalah elemen yang hidup.
Gunung-ganang itu hidup dan
pokok-pokok dan rimbunan itu hidup. Tumbuh-tumbuhan itu hidup dan ia memerlukan
makanan dan minuman serta makanan. Pendeknya apa sahaja yang dijadikan Tuhan itu
hidup termasuk batu-batu yang pejal dan gunung-ganang yang tinggi dan lautan
yang luas itu.
Satu perkara yang asas ialah,
setiap makhluk itu perlu diurus oleh manusia dengan baik. Manusia diamanahkan
untuk menguruskan dunia ini kerana manusia diberikan kelebihan dari makhluk
yang lain kerana diberikan akal fikiran oleh Tuhan Maha Pencipta alam ini.
Manusia ini adalah secantik-cantik kejadian Tuhan maka manusialah yang berwajib
untuk menjaga kerahsiaan Tuhan itu. Manusia itulah yang berwajib untuk menunjukkan
kehebatan Tuhan dan kebenaranNya itu.
Segala perlakuan manusia itu
melambangkan tahap tauhid seseorang itu terhadap Tuhannya itu. Bagi mereka yang
tauhidnya terhadap Tuhan itu tinggi maka seseorang itu akan menunjukkan
tauladan yang baik dan diterima moralnya oleh umat manusia atau masyarakat
sekelilingnya atau rakyat negaranya.
Manusia yamg menanggung kerahsiaan Tuhan
itu tidak akan menunjukkan sikap buruk kerana perlakuan itu seolah-olah digerakkan
Tuhan.
Keburukan itu boleh dilihat dari
cara bercakap, adab atau sopan seseorang itu serta kerja rasuah dan tidak
mengutamakan kepentingan nilai, moral dan agama seseorang itu. Itu sebabnya
manusia itu ditadbir oleh elemen pahala dan dosa kerana manusia itu mempunyai
roh yang mengendalikan kehidupan seseorang insan itu.
Roh merupakan penerima
bahagia atau celaka didunia lebih-lebih lagi diakhirat. Bahagia atau celaka itu
bergantung kepada niat dan perlakuan seseorang itu dalam kehidupannya.
Justeru ia berkaitan juga dengan
politik dan siasah seseorang manusia itu. Samada seseorang itu benar-benar
seorang yang baik serta sentiasa mengtauhidkan kehendak Allah, maka ia tidak
akan melakukan kerja buruk dan bercakap dengan nada yang buruk serta lucah dan
biadap.
Jika kefahaman dapat disebatikan
dengan kehidupan kita maka semua bidang kehidupan kita tidak akan ada pancaroba
yang banyak termasuk bidang politik disetiap peringkat negara.
Itu sebabnya
dalam politik banyak pihak yang tidak sependapat, dan ketidak-sependapatan ini
adalah perbezaan nilai dan tahap kebersihan diantara seorang dengan seorang
pemimpin itu.
Kita mendengar ada pihak yang
tidak berpuas hati kenapa mereka gagal dalam pilihanraya sedangkan sokongan
rakyat begitu kuat tetapi masih tidak mendapat kerusi yang mencukupi untuk
mentadbir negara.
Justeru terus sahaja menyalahkan pihak lain kerana kegagalan
itu untuk menutupi kelemahan sendiri dalam menghadapi rakyat jelata.
Tidak kurang yang lupa untuk
menerima hakikat yang niat dan kemahuan kita adalah diantara perkara yang
penting untuk penentuan kejayaan perjuangan kita itu. Tetapi hakikat ini
jarang-jarang diterima oleh ramai yang niat buruk atau salah niat itu hanya
diketahui oleh Tuhan Maha Kuasa sahaja.
Ramai yang lupa untuk memohon
keredhaan Tuhan itu kerana masing-masing merasakan yang kekuatan luaran yang
ada itu sudah cukup untuk memenuhi kehendak kita dan tidak sedar bahawa Tuhan
lebih mengetahui segala-gala yang ada dalam sanubari setiap manusia itu.
Itu sebabnya apa yang diberikan
Tuhan itu adalah yang terbaik bagi seseorang itu walaupun kehendak seseorang
itu berlainan dari apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Yang penting bagi
manusia ialah berusaha mengikut landasan syariat Tuhan serta hukum hakam
negara, selebihnya adalah hak Tuhan untuk menentukannya.
Kita baru sahaja selesai menghadapi
piihanraya dan kemenangan masih kepada BN walaupun dalam jumlah majoriti yang
menipis. Berbagai-bagai postmortem dilakukan. Diantara penyebabnya ialah kerana
penipuan dipihak BN yang besar dan kerana perpecahan dan tidak ada kekentalan dipihak
PR untuk bersatu dalam ertikata yang sebenarnya.
Tetapi tidak ada pula keputusan
mana-mana postmortem yang menjuruskan kepada niat dan matlamat pimpinan PR itu
sendiri yang hanya diketahui Tuhan yang Maha Mengetahui itu.
Tuhan Maha Mengetahui, maka
apa-apa keputusannya tentulah dengan kehendak Allah semata-mata. Mana mungkin
keputusan pilihanraya itu tidak kena-mengena dengan keputusan dengan ketentuan
Tuhan?
Mana mungkin Tuhan tidak tahu
bagaimana sebuah pertubuhan politik yang melaungkan perjuangan untuk semua
kaum, tetapi akhirnnya hanya berjuang untuk kaumnya sahaja?
Mana mungkin Tuhan tidak tahu
nilai sebenar pemimpin yang berjuang untuk melakukan perubahan itu? Mungkin
rakyat tidak mengetahuinya tetapi Tuhan tetap Maha Mengetahui dan apa-apa yang
ditentukan itu adalah terbaik bagi semua pihak kerana itu adalah ketentuan
Tuhan Maha Pencipta dan Maha Adil itu.
Pendeknya apa yang ada didalam
segumpal daging yang ada di dalam tubuh kita itulah yang menentukan samada niat
yang kita zahirkan itu selari dengan apa yang ada didalamnya itu. Selagi ia
tidak selari selagi itulah matlamat kita tidak akan tercapai.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.