Followers

Tuesday, July 9, 2013

Terpaksa mandi parit, perigi (Masalah timbul dan tidak diatasi selepas PRU13)

Akibat kelemahan pengurusan kerajaan UMNO Kedah, isu air yang telah diatasi oleh Pakatan aritu kini muncul kembali


Terpaksa mandi parit, perigi
Peniaga, Siti Rohayu Oh Abdullah, 42, menunjukkan gelas dan pinggan tidak dapat dibasuh disebabkan gangguan bekalan air.
PENDANG - Ratusan penduduk di Kilang Kechik dekat sini, naik angin apabila kerap berhadapan gangguan bekalan air selepas PRU13 lalu tanpa menerima sebarang notis pemberitahuan.

Difahamkan, gangguan bekalan air kerap berlaku di kawasan Kilang Kechik dan beberapa kampung berhampiran antaranya Sungai Durian, Kampung Panjang, Banggol Tambak dan Kongsu Baru.

Penduduk, Lee Chong Hak, 61, berkata, dia terkilan kerana pihak berkenaan tidak mengeluarkan notis memaklumkan gangguan bekalan air kepada penduduk agar mereka dapat menyimpan bekalan untuk kegunaan harian.

“Penduduk marah kerana gangguan air mengambil masa sehari dan terbaru tiada air selama tiga, sekali gus menyusahkan penduduk kerana bekalan tidak dihantar ke rumah.

“Ketiadaan bekalan air menyebabkan saya terpaksa mandi air parit di kebun memandangkan perkhidmatan perigi tiada di kawasan rumah namun ia membimbangkan kerana akan membahayakan kesihatan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Noraini Hanafiah, 54, berkata, gangguan bekalan tidak sepatutnya kerap berlaku memandangkan bayaran bil dijelaskan dengan baik setiap bulan.

“Jika air tiada, kami sukar membuang air kecil dan besar kerana terpaksa mencari air terlebih dahulu.

“Pakaian dan pinggan mangkuk tidak dapat dicuci menyebabkan keadaan rumah menjadi kotor,” katanya.

Bagi Abdul Halim Ahmad, 63, pula berkata, gangguan bekalan air menyebabkan kebanyakan penduduk tidak boleh mandi dan terpaksa mengeluarkan belanja RM20 sehari untuk membeli bekalan air mineral bagi kegunaan minum dan memasak.

“Jika Syarikat Air Darul Aman (Sada) mengeluarkan notis awal memberitahu akan berlaku gangguan bekalan air, membolehkan  penduduk membuat persiapan menadah air untuk disimpan,” katanya.


Bagi peniaga kedai makan, Rokiah Roslan, 48, berkata, gangguan bekalan air itu menyebabkan perniagaannya terjejas kerana premisnya terpaksa ditutup.

“Minggu lepas, dua hari saya tidak berniaga kerana tiada air dan terpaksa tanggung rugi RM400 kerana tiada notis diberikan.

“Sejak dua bulan kebelakangan ini gangguan bekalan air semakin serius dan penduduk tak tahu sebab pihak berkenaan menutup paip,” katanya.

Rokiah berkata, dia juga bimbang keselamatan anak-anaknya yang terpaksa mandi di perigi yang terletak di dalam hutan.
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.