ANALYSIS.
Jawatan Naib Presiden Umno menjadi perhatian para pemerhati politik menjelang pemilihan Umno hujung tahun ini.
Penyandang
jawatan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri
Hishammuddin Hussein (Menteri Pertahanan) dan Datuk Seri Shafie Afdal
(Menteri Pembangunan Luar Bandar) tidak mungkin menang tanpa bertanding
kerana sudah menjadi tradisi jawatan itu terbuka kepada pertandingan.
Sehingga kini tujuh calon lain disebut-sebut selain dari tiga penyandang mempertahankan jawatan mereka.
Calon
pertama yang layak bertanding jawatan Naib Presiden Umno ialah Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed (Tok
Pa). Beliau pernah bertanding jawatan tersebut pada tahun 2004 tetapi
kalah.
Namun
demikian pada tahun 2008 beliau hanya bertanding jawatan ahli majlis
tertinggi Umno dan beliau menang di tempat pertama. Beliau selaku
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan ada peluang untuk menang
kerana biasanya pemenang ahli majlis tertinggi nombor satu mudah
dinaikkan pangkat sebagai Naib Presiden Umno.
Calon
kedua ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Pada tahun 2008
beliau juga mahu bertanding kerusi Naib Presiden Umno tetapi menarik
diri kerana memberi peluang kepada Datuk Seri Shafie Afdal.
Penarikan
diri ini menyebabkan Shafie menang dan beliau muncul sebagai menteri
pertama dari Sabah yang pernah menang jawatan Naib Presiden Umno.
Hubungan tidak baik antara Musa-Shafie sudah menjadi perbualan orang
ramai.
Jika
Musa bertegas untuk bertanding kali ini, peluang Shafie untuk menang
agak terjejas. Tambahan pula jika Musa bertanding atas tiket Kelab
Menteri Besar yang mahu meletakkan seorang calon di kalangan mereka
sebagai Naib Presiden Umno.
Calon
ketiga ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam. Pada
tahun 2008 beliau tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam
pertandingan Timbalan Presiden Umno. Kali ini beliau tidak mungkin
mencabar Muhyiddin kerana majoriti Perhubungan Umno negeri mahu Datuk
Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin menang tanpa bertanding bagi jawatan
Presiden dan Timbalan Presiden.
Sehubungan
dengan itu, beliau ada harapan untuk menang kerana beliau adalah Naib
Presiden Umno yang popular pada tahun 2004. Tidak semestinya jawatan itu
disandang oleh menteri kerana pernah Tun Ghafar Baba tidak ada jawatan
menteri tetapi menang kerana perwakilan Umno mahu jawatan itu bukan
sahaja dibolot oleh orang yang ada jawatan dalam kerajaan.
Calon
keempat ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad. Beliau pernah menang
jawatan itu pada tahun 2004 bersama Ali dan Muhyiddin. Tetapi Isa
didapati bersalah terlibat dalam politik wang yang menyebabkan beliau
hanya setahun sahaja memegang jawatan itu.
Pada
tahun 2008, beliau bertanding jawatan naib Presiden tetapi kalah. Dengan
kembalinya beliau sebagai ahli parlimen Jempol dan Pengerusi Felda, Isa
akan memberi persaingan yang kuat kepada penyandang jawatan sekarang.
Peluang Idris cerah
Calon
kelima ialah Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh. Sudah jadi
tradisi siapa yang jadi Menteri Pelajaran akan menang jawatan Naib
Presiden Umno seperti mana berlaku pada Tun Dr Mahathir Mohamad (1975),
Tun Musa Hitam (1978) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (1987).
Maka
peluang Idris untuk menang adalah cerah. Lebih-lebih lagi jika BN menang
dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut pada hujung bulan ini.
Jika BN
menang, namanya akan melonjak naik.Tambahan pula beliau adalah Timbalan
Pengarah pilhanraya kecil selain Ketua Umno Bahagian Besut.
Calon
keenam ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang pernah
bertanding jawatan tersebut pada tahun 2008. Beliau gagal tetapi ia
tidak mematahkan semangatnya untuk bertanding lagi.
Beliau
pernah berkata sekalu Menteri Besar beliau secara automatik adalah ahli
majlis tertinggi Umno, maka jawatan yang wajar ditandinginya sudah tentu
jawatan Naib Presiden Umno.
Calon
terakhir yang layak bertanding ialah Pengerusi Risda,Tan Sri Rahim Tamby
Chik. Bekas Ketua Pemuda Umno itu tidak serik untuk bertanding walaupun
tewas pada tahun 2008.
Baginya,
Zahid dan Hishammuddin adalah Ketua Pemuda yang junior, maka beliau
rasakan beliau mampu memberi cabaran kepada kedua-dua bekas ketua pemuda
Umno tersebut.
Adat
bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Maka tujuh orang ini,
Tok Pa, Musa, Ali, Isa, Idris, Adnan dan Rahim mampu memberi saingan
yang sengit kepada Zahid, Hishammuddin dan Shafie.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/08/10-calon-rebut-jawatan-naib-presiden-umno/#sthash.MBllGRVn.dpuf.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.